Sahabatku..
hari ini aku merinduimu
rindu pada kenangan semalam
yang pernah kita lalui bersama
semasa kita sama-sama
menyusuri kehidupan
dan merentas ranjau berduri
disepanjang laluan berliku
Sahabatku...
kutinggalkan kenangan semalam
merantau mencari secalit cahaya
yang kuharapkan
dapat memberikan
sedetik bahagia buat ku
pun aku ingin mencari
titik mula
merubah kehidupan kelamku
walau aku tak pasti
mampukah aku melalui
danau sepi itu
yang bakal aku tempuhi
Sahabatku...
hari ini aku mampu tersenyum
walau tak se gah teman lain
namun
aku mampu menjadi
aku yang berjaya
dalam hidupku
aku yang mampu
membina kebahagian sendiri
walau
aku terpaksa meninggalkan
kenangan semalam
dan kampuang halaman
tercinta..
Wednesday, 27 June 2012
Monday, 25 June 2012
Berilah aku peluang..
Tuhanku...
Berilah aku luang dan peluang
untuk hidup bahagia
di maya mu ini
sebelum
aku dipanggil kembali menemuimu.
Tuhanku..
berilah aku ruang
untuk meneruskan perjuangan ku ini
agar apa yang aku hajati
dapat aku dakapi
sebelum aku kembali menemuimu..
Tuhanku...
aku bersyukur
di atas segala yang telah kau berikan
pada hambamu yang daif ini
disepanjang hidupku
di dunia ini
sehingga ke hari ini
sebelum aku kembali menemuimu..
Tuahnku
kaulah segalanya
yang maha agong ..
Berilah aku luang dan peluang
untuk hidup bahagia
di maya mu ini
sebelum
aku dipanggil kembali menemuimu.
Tuhanku..
berilah aku ruang
untuk meneruskan perjuangan ku ini
agar apa yang aku hajati
dapat aku dakapi
sebelum aku kembali menemuimu..
Tuhanku...
aku bersyukur
di atas segala yang telah kau berikan
pada hambamu yang daif ini
disepanjang hidupku
di dunia ini
sehingga ke hari ini
sebelum aku kembali menemuimu..
Tuahnku
kaulah segalanya
yang maha agong ..
Wednesday, 20 June 2012
Kesedihan ku hanya aku yang tau..
Entah kenapa hari ini hati ku tersentuh dan terluka dengan hari-hari yang aku lalui... Puas aku cuba untuk memujuk perasaan ku untuk kembali menjadi aku semalam yang tabah dan dapat mengharungi sisa-sisa hidupku dengan tabah.
Namun hari ini aku kalah untuk melawan naluri kecilku yang tiba-tiba berbisik dan mengembalikan imbauan semalam yang menyegat perasaan ku. Tiba-tiba saja air mata ku berderai melepasi takungan yang telah lama aku sembunyikan untuk tidak merasai perasaan ini lagi. Maafkan aku...
Pada hakikatnya aku ingin menjadi seorang insan yang tabah dan menyimpan segala kesedihan ku dalam-dalam agar ianya tidak mengembalikan aku kepada keresahan ... Aku ingin menjadi seperti insan lain yang berjaya dalam hidup di maya ini sebelum kembali menyahut panggilan yang Maha Esa.
Semoga Tuhan sentiasa memberi aku kekuatan untuk meneruskan hidupku dan teman maafkanlah aku teman sekiranya semalam aku pernah menyakitkan dan mengeciwakan hati kalian secara sedar atau secara tidak sedar..

Saturday, 16 June 2012
Rindu ku pada teman seperjuangan
Entah kenapa hari ini aku rasa terlalu merindui masa yang pernah aku lewati dulu, semasa aku masih dibangku sekolah. Kenangan2 semalam datang satu persatu menerjah ruang memoriku. Mungkin dek gambar-gambar lama yang ku tatap sekejap tadi. Gambar-gambar kelas semasa di sekolah rendah Sek. Keb. Pulai Chondong Kelantan dan Sek. Men. Abdul Samad Pulai Chondong.
Walaupun kenangan itu telah lama aku tinggalkan, namun ianya masih memberi kenangan terindah buat ku. Pun aku tidak bisa untuk mengembalikan semalam jua kisah silam untuk menjadi kenyataan seperti masa- masa lalu.
Teman2 ku, diamanakah kalian sekarang? Mungkinkah kita masih berpeluang untuk bersua kembali bagi berkongsi suka duka kehidupan yang telah kita lalui setelah sekian lama kita terpisah? atau kita telah tiada masa untuk duduk bersama bagi membincangakn tentang semalam yang pernah kita lalui bersama dan kenangan sehingga hari ini yang kita pernah kutip setelah kita terpisah dek edaran waktu yang tidak memberikan keizinannya untuk kita bersama..
Aku tau, semalam dan hari ini adalah berbeza kerana kita semalam adalah kita yang bebas meneroka alam ini bersama tanpa ada halangan yang merintangi keindahan penerokaan kita. Hari ini mungkin terlalu berbeza kerana kita adalah telah bernama ibu, mama, umi atau ayah, papa atau abah.
Teralu pantas rasanya masa itu berlalu meninggalkan kita. Tanpa disedari kita kini sudah mungkin bergelar atuk atau nenek..Ah...cepatnya masa itu!!! Ingin aku kembali menemui kalian meskipun hanya untuk seketika..
Kawan ku Kamariah kini bekerja nun jauh di Timur Tengah. Kawanku Atikah sibuk dengan kerjaya jahitannya.. Tapi kami masih berhubung melalui massage dan talipon. Kawan-kawan di kampung dapat ku temui semasa aku balik ke kampung, itu pun jika ada kelapangan mereka ..
Aku masih berharap agar kita masih mampu berkumpul seperti tahun 1988 di Dewan Jenereh Bongkok... selapas aku tamat pengajian di kolej ku.
Masa itu... teman-teman ku boleh dikatakan semuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing. Banyak cerita kita kongsi bersama, ada yang bernasib baik dapat melanjutkan pelajaran mereka ke seberang laut..ada yang jadi cik gu.. jadi misi dan ..
Rindu ku ... menemui kalian semua teman2 ku..

Friday, 15 June 2012
Kursus Spinal Mobilisation
Hari ini, aku dan teman2 menghadiri kursus anjuran HTAR Klang.
Semangat bersama rakan2 walaupun kepenatan kerana esok masih ada lagi kursus.
Lama tidak menghdiri kursus seperti ini, seronok juga berkumpul bersama refresh knowledge dan melakukan sesi amali.

Thursday, 14 June 2012
Kesedihan Melampau
Hari ini hati ku terlalu sedih kerana pesakit aku tiba-tiba tidak stabil. Pada waktu pagi aku telah menemuinya, keadaannya agak kepenatan, lesu dan tidak response macam hari sebelumnya.
Petangnya aku telah promise to his relative untuk transfer patient ke kerusi malas..
Petangnya aku terkejut kerrana kehadiran ku melihat keadaan pesakit ku tidak stabil.. On observation by medical team..
Sedih.. aku jadi tak keruan..tak tergamak to see his relative. Tak sempat kata apa-apa to his relative.. aku terus berlalu..
Terlalu sedih..

Friday, 8 June 2012
Kampungku
Sempena cuti persekolahan, aku telah mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman ku. Kali ini aku mengambil keputusan untuk balik dengan menggunakan pengangkutan awam kerana malas untuk memandu jauh dalam kesibukan dan kesesakan jalan raya dek cuti panjang.
Aku telah bertolak balik pada 31.5.2012 ke Kelantan, negeri kelahiran ku. Terlalu rindu aku kepada keluarga ku, emak ku dan keluarga ku disana. Hati melonjak untuk cepat sampai ke Pulai Chondong Kelantan. namun kesesakan jalan raya menyebabkan aku menempoh perjalanan yang lama iaitu bertolak dari Shah Alam pada jam 9.00 am dan sampai ke perhentian bas machang pada jam 8.00 mlm.
Terlalu lama perjalanan yang aku tempuhi, perasaan gembira untuk menemui keluarga tercinta menjadikan aku terlalu cekal menempuhinya walaupun terlalu jauh dan lama masa yang harus aku lalui berbanding jika memandu hanya dalam 7 hingga 8 jam sahaja pejalananku.
Disepanjang perjalanan ke rumah ku, aku terkenangkan sekolah lama ku, Sek. Men. keb. Machang - sudah banyak perubahan yang aku lihat. Kalau dulu aku terpaksa menyewa rumah di sekitar sekolah tersebut kerana tiada kemudahan asrama disediakan. Sekarang aku lihat asrama sudah ada untuk kemudahan pelajar menetap.
Sekolah Menengah Abdul Samat masih terseregam indah.. Ah terlalu banyak kenangan di situ...

Subscribe to:
Posts (Atom)