Wednesday, 26 December 2012
Tuesday, 25 December 2012
BANJIR DI PANTAI TIMUR
Jumaat 21 Disember 2012, aku sekeluarga bercuti dan balik ke Kelantan menghantar anak ku untuk posting di Hospital Kota Bharu.
Di sepanjang perjalanan pulang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan Grik-Tanah Merah suasana cuacanya agak mendung. Disepanjang perjalanan melalui Jalan Grik-Tanah Merah, jalannya berkabus. Dipuncak bukit nya nyaman, udara sangat sejuk. Orang ramai memenuhi ruang rehatnya, susah untuk berhenti kerana terlalu ramai orang berhenti.. Kereta pun bertali arus.. ramai juga orang yang bercuti ke kelantan. Yalah..musim cuti sekolah.
Setelah menyusuri jalan selama 3 jam, kami singgah sebentar di Batu Melintang untuk berehat dan makan tengahari...makan nasi berlaukan ikan darat (ikan sungai). Wah enaknya ikan fresh yang baru ditangkap dekat tasik. Musim hujan ni, banyak ikan darat senang dapat dipancing, pukat atau jala.
Tiba-tiba hujan turun..dari renyai-renyai menjadi semakin lebat. Mau tak mau kami harus meneruskan perjalanan ke kampung ku.
Sesampai ke rumah ku..hujan mencurah-curah turun.. Banjir mula memasuki kediaman ku jam 3.30 pagi. Semua ahli keluargaku bangun menyelamatkan selipar dan barang-barang lain yang belum sempat dikemas kerana kami fikirkan banjir masih belum menyerang kediaman kami..
Selama 3 hari jugalah kami terkurung kat rumah kerana air naik sehingga ke paras pinggang disekitar kampung ku. Sehingga hari ini Selasa 25 Disember 2012 baru aku berpeluang untuk keluar dari kampung ku dan terus balik ke Selangor.
Alhamdulillah..kami selamat sampai ke S. Alam pada jam 6.30 petang selepas bertolak dari rumah ku pada jam 9.30 pagi. Sekali lagi kami balik melalui L/Raya Tanah Merah-Grik kerana banjir di Kuala Krai agak teruk dan tidak dapat untuk dilalui oleh kenderaan ringan.

Thursday, 6 December 2012
Spinal Cord Injury
Minggu ini agak kesibukan sikit kerana menghadiri Seminar Spinal Cord Injury di Hotel Hilton pada 29/11-2/12/2012.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya mengadakan Seminar Ascon (Asian Spinal Cord Conferance 2012)
Seminar ini dihadiri oleh peserta dari negara-negara asean untuk berkursus dan bermesyuarat membincangkan mengenai kes-kes Spinal Cord ; berkenaan kes, perkembangan rawatan di negara masing-masing.

Thursday, 8 November 2012
Hari Kelepasan Am 2013
HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN TAHUN 2013
HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI
1.
|
Tahun Baru 2013
|
-
|
1 Januari 2013 (Selasa)
|
2.
|
Hari Thaipusam
|
-
|
27 Januari 2013 (Ahad)
|
3.
|
Hari Nuzul Quran
|
-
|
26 Julai 2013 (Jumaat)
|
4.
|
Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
|
-
|
11 Disember 2013(Rabu)
|
HARI-HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN
1.
|
Tahun Baru Cina
|
-
|
10 Februari 2013 (Ahad)
11 Februari 2013 (Isnin)
|
2.
|
Hari Keputeraan Nabi Muhammad
S.A.W (Maulidul Rasul)
|
-
|
24 Januari 2013 (Khamis)
|
3.
|
Hari Pekerja
|
-
|
1 Mei 2013 (Rabu)
|
4.
|
Hari Wesak
|
-
|
24 Mei 2013 (Jumaat)
|
5.
|
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
|
-
|
1 Jun 2013 (Sabtu)
|
6.
|
Hari Raya Puasa (*)
|
-
|
8 Ogos 2013(Khamis)
9 Ogos 2013(Jumaat)
|
7.
|
Hari Kebangsaan
|
-
|
31 Ogos 2013 (Sabtu)
|
8.
9.
|
Hari Malaysia
Hari Raya Haji/Qurban (*)
|
-
-
|
16 September 2013 (Isnin)
15 Oktober 2013 (Selasa)
|
10.
|
Hari Deepavali
|
-
|
2 November 2013 (Sabtu)
|
11.
|
Awal Muharram (Maal Hijrah)
1435 Hijrah
|
-
|
5 November 2013 (Selasa)
|
12.
|
Hari Krismas
|
-
|
25 Disember 2013 (Rabu)
|
Friday, 12 October 2012
Pasukan Red Worrior ke Final
Tanggal 12 Oktober 2012 telah menjadikan aku tidak sabar menunggu kehadiran jam 8.40 malam untuk aku saksikan perlawanan bola sepak separuh akhir pasukan negeri ku menentang negeri tempat tinggal aku sekarang. Namun hatiku tetap bersama negeri kelahiranku. Hatiku tetap setia pada mu!!!!
Debaran menunggu siaran langsung perlawanan ini menjadikan aku tak keruan. Sabar..sabar... Doaku tak putus-putus mengharapkan kejayaan pasukan negeri ku.
Separuh masa pertama agak mengecewakan walaupun terdapat peluang-peluang untuk kelantan mendapat gol... tapi tak dapat disudahi dengan baik... kecewanya aku..tapi aku faham belum rezekinya lagi... jangan salah kan pemain kerana mereka telah bermatian mencuba untuk mendapat kemenangan.
Separuh masa kedua, perjuangan segit akhirnya membuahkan hasil yang baik.... Alhamdulillah...
Terkesima dengan gol jaringan M.Ghadar yang melayakkan pasukan bola negeri ku dapat melangkah ke perlawanan akhir piala malaysia.
Tambah membanggakan gol kedua yang sangat cantik dan tidak dijangka....
Tahniah Kelantan, terima kasih seluruh team yang telah memberi komitment yang sepenuhnya untuk mencapai kejayaan ini.
Terima kasih kepada semua rakyat kelantan kerana mendoakan kejayaan Red Worrior !!!
Aku sentiasa mendoakan agar Pasukan Red Worrior dapat menjuari Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober 2012 nanti, InsaALLAH.

Saturday, 6 October 2012
Hati seorang ibu disaat anak-anak menghadapi peperiksaan
Hati seorang ibu
bergelodak dan bergelora
tatkala disaat
anak-anak menghadapi peperiksaan.
Hati seorang ibu
tiada dapat melelapkan mata
tiada dapat memaksa selera makan
tiada dapat melepaskan keresahan
hanya dia dan hatinya saja
yang tau....
Hati seorang ibu
Tiada seorang yang akan mengetahui
perasaan terpendam itu
hanya seorang ibu
yang menghadapi
situasi itu akan tahu
akan rasanya....
Pada siapa
ibu ingin bercerita
pada siapa
ibu ingin menagih perhatian
tentang perasaan itu
pada anak-anak
mereka tidak akan memahami
sehingga suatu waktu nanti
pabila mereka menjadi ibu.
Hati seorang ibu...
hanya ibu saja yang merasa...
jua pasrah dan reda
pada Yang Maha Esa...
bergelodak dan bergelora
tatkala disaat
anak-anak menghadapi peperiksaan.
Hati seorang ibu
tiada dapat melelapkan mata
tiada dapat memaksa selera makan
tiada dapat melepaskan keresahan
hanya dia dan hatinya saja
yang tau....
Hati seorang ibu
Tiada seorang yang akan mengetahui
perasaan terpendam itu
hanya seorang ibu
yang menghadapi
situasi itu akan tahu
akan rasanya....
Pada siapa
ibu ingin bercerita
pada siapa
ibu ingin menagih perhatian
tentang perasaan itu
pada anak-anak
mereka tidak akan memahami
sehingga suatu waktu nanti
pabila mereka menjadi ibu.
Hati seorang ibu...
hanya ibu saja yang merasa...
jua pasrah dan reda
pada Yang Maha Esa...
Thursday, 4 October 2012
Pantasnya Masa itu berlalu
Sedar atau tidak
2012 telah hampir ke penghujung
meninggalkan semalam
yang terlalu baru aku rasakan
menjegah dan menjemput bersama
kehadiran Januari 2012
Sedar atau tidak
selangkah usiaku berlalu
meninggalkan dewasaku
mengenjak ke usia seterusnya..
Pun..
Januari 2013 akan muncul
sedikit masa lagi
tanpa aku sedari..
Terlalu pantasnya
masa itu berlalu
meninggalkan semalam
menghadirkan hari ini
hari esok..
dan seterusnya..
Sehingga
pada suatu waktu
pasti
akan kembali menemui Nya
ALLAH ampunilah dosa ku...
2012 telah hampir ke penghujung
meninggalkan semalam
yang terlalu baru aku rasakan
menjegah dan menjemput bersama
kehadiran Januari 2012
Sedar atau tidak
selangkah usiaku berlalu
meninggalkan dewasaku
mengenjak ke usia seterusnya..
Pun..
Januari 2013 akan muncul
sedikit masa lagi
tanpa aku sedari..
Terlalu pantasnya
masa itu berlalu
meninggalkan semalam
menghadirkan hari ini
hari esok..
dan seterusnya..
Sehingga
pada suatu waktu
pasti
akan kembali menemui Nya
ALLAH ampunilah dosa ku...
Subscribe to:
Posts (Atom)