Monday, 14 January 2013

L. Ramli sudah 3 minggu di hospital di Klang

SEMOGA CEPAT SEMBOH !!!!

INSAALLAH....

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI


L. RAMLI... kini terlantar di hospital di Klang.
 
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Penyanyi irama Pop Yeh Yeh yang popular dengan lagu Dara Pujaan, L. Ramli atau nama sebenarnya Ramli Lazim sudah hampir tiga minggu dirawat iaitu sejak dimasukkan hospital pada sambutan Krismas, 25 Disember lalu.
Ramli, 71, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang disebabkan komplikasi kesihatan.
Beliau dimasukkan ke HTAR selepas mengadu sesak nafas setelah selesai menunaikan solat Subuh.
“Alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil, namun tekanan darah saya masih tinggi dan kaki saya juga masih sakit dan tidak boleh berjalan serta memerlukan rawatan fisioterapi," katanya Ramli kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130113/hi_16/L-Ramli-sudah-3-minggu-di-hospital-di-Klang#ixzz2HxMQgy9H
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS TERHADAP PENGGUNAAN KHALIMAH ALLAH

ALHAMDULILLAH...
Aku memanjat sejuta kesyukuran terhadap nikmat yang ALLAH telah kurniakan terhadap isu ini..Akhirnya ALLAH telah mencelikkan mata dan fikiran mereka...
Hanya air mata kesyukuran mengalir dipipiku..


DALAM NEGERI


Keputusan Majlis Syura Pas

KUALA LUMPUR 14 Jan. -
“
Mesyuarat Majlis Syura Pas malam semalam memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemahkan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130114/dn_34/Keputusan-Majlis-Syura-Pas-Hasan-Ali-cabar-Anwar#ixzz2HxESVP00
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Kalimah ALLAH:  Keputusan Majlis Syura

14 Januari 2013

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH pada Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menukar pendirian dan sebaliknya cuba menjelaskan kenapa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Majlis Syura Pas malam tadi memutuskan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam berikutan kemarahan masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam terhadap pendirian asal Nik Aziz dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong saranan DAP itu.

Akur dengan keputusan Majlis Syura yang turut dihadirinya, Mursyidul Am Pas itu berkata, keputusan itu dibuat kerana khuatir ia bertentangan dengan maksud sebenar kalimah itu seperti umat Islam yang percaya bahawa ALLAH itu adalah Esa (Satu).

"ALLAH ini adalah nama bagi Tuhan. Kita (Islam) namakannya (ALLAH). Jadi kalau ada orang lain, agama lain yang tidak mempunyai tuhan yang satu tiba-tiba mahu menggunakan nama ALLAH, itu tidak betul.

"ALLAH itu adalah tuhan yang Satu. Yang Maha Berkuasa. Kalau agama lain yang (mempunyai) tuhannya tidak satu atau lebih, itu mengarut. Kalau nak guna boleh, tapi salahlah (maksud sebenar)," katanya kepada pemberita sewaktu pulang dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau memberi contoh penganut Kristian percaya kepada Trinity yang sama sekali tidak boleh menggunakan kalimah Allah kerana tidak menepati maksud sebenar.

Majlis Syura Pas telah memutuskan kalimah ALLAH adalah kalimah khusus yang ALLAH menamakan diri-Nya ALLAH dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Selain itu majlis itu juga memutuskan mana-mana kalimah asing tidak boleh diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

Sebelum ini Pas, DAP dan PKR membuat ketetapan bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan. - Bernama

Monday, 7 January 2013

TAHUN BARU 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.

Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.

"Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa.

"Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti," kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini.

Beliau berkata, pemimpin Umno perlu bersikap terbuka untuk menerima mereka yang lebih bijak daripada mereka untuk menjadi pemimpin, bukannya mengamalkan sikap suka mencantas.

"Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat," katanya.

Dr Mahathir menegaskan sekiranya seseorang pemimpin tersebut memberikan laluan bukan bermakna beliau lemah sebaliknya orang ramai akan lebih menghargainya.

"Setiap orang perlu menghormati masa mereka, tiba masanya untuk memberi laluan kepada orang lain.

"Sekiranya kamu bersara lebih awal, orang ramai akan lebih menghargai kamu," katanya lagi.

Menyentuh mengenai penamaan calon pemilihan Umno baru-baru ini, Dr Mahathir menyifatkan ia suatu petanda sihat berlaku dalam parti tersebut.

"Saya jangka ramai yang akan bertanding tapi ramai juga yang menarik diri.

"Tapi saya lihat ini sebagai satu petanda sihat, jika tidak ia pasti buruk untuk parti kerana orang akan mempersoalkan transformasi yang diperkatakan," ujarnya lagi.

Dr Mahathir juga menegaskan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tiada pertandingan adalah suatu yang baik bagi mengelakkan perpecahan berlaku.

Dalam pemilihan parti kali ini, Dr Mahathir juga mengesyorkan perwakilan Umno supaya memilih pemimpin yang mempunyai bakat dan potensi, bukannya kerana pengaruhnya.

"Saya harap pada pemilihan kali ini, perwakilan memilih pemimpin yang mempunyai potensi dan berbakat, bukan kerana pengaruhnya," tegas beliau lagi.

Bekas presiden Umno itu sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila mengkritik Umno sebagai “sudah tua dan bakal mati”.

Katanya, dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasinya memerintah negara ini meskipun ada pihak yang memandang serong malah menuduh dirinya mempunyai agenda sendiri.

Katanya, Umno dahulu sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.

Ketika penggal kepimpinannya dari 1981 sehingga 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara "Harimau Ekonomi Asia". - 25 September, 2013.

Wednesday, 26 December 2012

TARIKH PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2013

Jadual Gaji 2013 : Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam?

BULANTARIKHNOTA
Januari23 Januari 2013 (Hari Rabu)
Februari*25 Februari 2013 (Hari Khamis)Tahun Baru Cina: 10 & 11 Februari 2013
Mac25 Mac 2013 (Hari Isnin)
April25 April 2013 (Hari Khamis)
Mei23 Mei 2013 (Hari Khamis)Pesta Menuai : 30 & 31 Mei 2013
Jun* 25 Jun 2013Hari Gawai : 1 & 2 Jun 2013
Julai25 Julai 2013 (Hari Khamis)
Ogos* 22 Ogos 2013 (Hari Khamis)Hari Raya Puasa : 8 & 9 Ogos 2013
September25 September 2013(Hari Rabu)
Oktober8 Oktober 2013 (Hari Selasa)Hari Raya Haji 2013 : 15 Oktober 2013
November25 November 2013Deepavali : 2 November 2013
Disember* 18 Disember 2013Hari Khamis : 25 Disember 2013)

TAKWIM CUTI SEKOLAH 2013

Tuesday, 25 December 2012

BANJIR DI PANTAI TIMUR

Jumaat  21 Disember 2012, aku sekeluarga bercuti dan balik ke Kelantan menghantar anak ku untuk posting di Hospital Kota Bharu.

Di sepanjang perjalanan pulang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan Grik-Tanah Merah suasana cuacanya agak mendung. Disepanjang perjalanan melalui Jalan Grik-Tanah Merah, jalannya berkabus. Dipuncak bukit nya nyaman, udara sangat sejuk. Orang ramai memenuhi ruang rehatnya, susah untuk berhenti kerana terlalu ramai orang berhenti.. Kereta pun bertali arus.. ramai juga orang yang bercuti ke kelantan. Yalah..musim cuti sekolah.

Setelah menyusuri jalan selama 3 jam, kami singgah sebentar di Batu Melintang untuk berehat dan makan tengahari...makan nasi berlaukan ikan darat (ikan sungai). Wah enaknya ikan fresh yang baru ditangkap dekat tasik. Musim hujan ni, banyak ikan darat senang dapat dipancing, pukat atau jala.

Tiba-tiba hujan turun..dari renyai-renyai menjadi semakin lebat. Mau tak mau kami harus meneruskan perjalanan ke kampung ku.

Sesampai ke rumah ku..hujan mencurah-curah turun.. Banjir mula memasuki kediaman ku jam 3.30 pagi.  Semua ahli keluargaku bangun menyelamatkan selipar dan barang-barang lain yang belum sempat dikemas kerana kami fikirkan banjir masih belum menyerang kediaman kami..

Selama 3 hari jugalah kami terkurung kat  rumah kerana air  naik sehingga ke paras pinggang disekitar  kampung ku. Sehingga hari ini Selasa 25 Disember 2012 baru aku berpeluang untuk keluar dari kampung ku dan terus balik ke Selangor.

Alhamdulillah..kami selamat sampai ke S. Alam pada jam 6.30 petang selepas bertolak dari rumah ku pada jam 9.30 pagi. Sekali lagi kami  balik melalui L/Raya Tanah Merah-Grik kerana banjir di Kuala Krai  agak teruk dan  tidak dapat untuk dilalui oleh kenderaan ringan.

Thursday, 6 December 2012

Spinal Cord Injury

Minggu ini agak kesibukan sikit kerana menghadiri Seminar Spinal Cord Injury di Hotel Hilton pada 29/11-2/12/2012.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya mengadakan Seminar Ascon (Asian Spinal Cord Conferance 2012)

Seminar ini dihadiri oleh peserta dari negara-negara asean untuk berkursus dan bermesyuarat  membincangkan mengenai kes-kes Spinal Cord ; berkenaan kes, perkembangan rawatan di  negara masing-masing.