HKB atau HPRZ II adalah tempat pertama aku bertapak mencari rezeki dan menggalas pengalaman untuk memantapkan tapak profesayen ku. Selama hampir 13 tahun aku bernaung dibawah payung HKB dan mengutip pelbagai kenangan bersama rakan sekerja serta pesakit yang pernah berada di bawah jagaan ku.
Terima kasih ku ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membimbingku dalam kerjaya ini terutama staf senior. Mereka telah memberi panduan-panduan berharga kepada ku semasa merawat pesakit dari segi komunikasi, penilaian pesakit dan rawatan berkesan untuk pesakit. Terima kasih teman...
Aku juga terasa kehilangan rakan-rakan lain di HKB terutama di bahagian pengurusan, pendidikan pesakit dan unit lain yang bekerja rapat dengan aku semasa di sana.
No comments:
Post a Comment