Semalam, kehadiran ku ke wad tempat aku bertugas telah dikejutkan dengan berita bahawa salah seorang pesakit ku berada dalam keadaan kritikal. Terkejut aku dengan perkhabaran itu. Aku terus ke katil pesakit tersebut. Aku lihat keluarga pesakit itu telah ramai mengelilingi katil beliau. Aku hanya mampu melihat dari jauh dan mendoakan yang terbaik untuk nya.
Tak mampu untuk aku mendekati keluarganya kerana kedengaran esak tangis dari tabir katil yang telah ditarik separuh tertutup. Aku takut aku tak mampu untuk menahan perasaan ku dan air mata aku dari terus mengalir sepertimana yang berlaku pada tahun lepas. Aku turut bersama keluarga mereka sama menitiskan airmata atas kehilangan pesakit itu.
No comments:
Post a Comment