Telefon berdering mengejutkan aku dan suami. Emak mertuaku mengesahkan bahawa ada orang kampung yang ingin menjual tanahnya dengan harga yang agak murah kerana terdesak untuk menggunakan duit. Kata emak, mereka nak jual tanah seluas 2 ekar dengan harga 10 ribu ringgit.
Puas aku berfikir, boleh gak lah.... buat aset untuk masa depan. Kalau ada yang nak usahakan, boleh lah buat kebun atau tanam pokok getah.. lagi pun sekarang harga getah boleh tahan juga..
Aku dan keluarga balik kampung untuk melihat sendiri kebun tersebut dan berhasrat untuk berjumpa dengan tuan tanah yang dimaksudkan oleh emak.
Perjalanan ke Perak agak perlahan kerana jalanraya sesak dengan kereta. Wah! ramai juga orang balik kampung walaupun hujung bulan. Mungkin kerana cuti yang agak panjang sempena Hari Malaysia ramai yang mengambil kesempatan untuk balik kampung atau bercuti ke destinasi- destinasi yang tertentu di Negeri Perak, Kedah, Penang dan Perlis.
Sekembalinya aku ke kampung. Kami telah menemui tuan tanah yang dikatakan ingin menjual tanahnya. Alangkah terkejutnya kami kerana dia memberitahu bahawa tanah tersebut akan dijual dengan harga 70 ribu. Semalam kata 10 ribu tetapi bila kami balik untuk menetapkan harganya, ianya telah berubah. Nasib baik aku tidak terus membuat pinjaman bank untuk membuat pembayaran bagi pembelian tanah tersebut.
Manusia....terlalu cepat berubah... sekejap kata begini sekejap lagi dah jadi begitu pula..
Mulut manusia terlalu cepat berubah...atau ada spekulasi disebaliknya... cuma nak deposit segera dan tanahnya tidak ada hak milik? hanya teka teki bermain difikiran....
Akhirnya kami tak jadi untuk berurusan dengan orang yang cakap tak serupa bikin... biarlah tak dapat
harta pun dari ditipu dalam diam...
No comments:
Post a Comment