Jumaat 21 Disember 2012, aku sekeluarga bercuti dan balik ke Kelantan menghantar anak ku untuk posting di Hospital Kota Bharu.
Di sepanjang perjalanan pulang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan Grik-Tanah Merah suasana cuacanya agak mendung. Disepanjang perjalanan melalui Jalan Grik-Tanah Merah, jalannya berkabus. Dipuncak bukit nya nyaman, udara sangat sejuk. Orang ramai memenuhi ruang rehatnya, susah untuk berhenti kerana terlalu ramai orang berhenti.. Kereta pun bertali arus.. ramai juga orang yang bercuti ke kelantan. Yalah..musim cuti sekolah.
Setelah menyusuri jalan selama 3 jam, kami singgah sebentar di Batu Melintang untuk berehat dan makan tengahari...makan nasi berlaukan ikan darat (ikan sungai). Wah enaknya ikan fresh yang baru ditangkap dekat tasik. Musim hujan ni, banyak ikan darat senang dapat dipancing, pukat atau jala.
Tiba-tiba hujan turun..dari renyai-renyai menjadi semakin lebat. Mau tak mau kami harus meneruskan perjalanan ke kampung ku.
Sesampai ke rumah ku..hujan mencurah-curah turun.. Banjir mula memasuki kediaman ku jam 3.30 pagi. Semua ahli keluargaku bangun menyelamatkan selipar dan barang-barang lain yang belum sempat dikemas kerana kami fikirkan banjir masih belum menyerang kediaman kami..
Selama 3 hari jugalah kami terkurung kat rumah kerana air naik sehingga ke paras pinggang disekitar kampung ku. Sehingga hari ini Selasa 25 Disember 2012 baru aku berpeluang untuk keluar dari kampung ku dan terus balik ke Selangor.
Alhamdulillah..kami selamat sampai ke S. Alam pada jam 6.30 petang selepas bertolak dari rumah ku pada jam 9.30 pagi. Sekali lagi kami balik melalui L/Raya Tanah Merah-Grik kerana banjir di Kuala Krai agak teruk dan tidak dapat untuk dilalui oleh kenderaan ringan.
No comments:
Post a Comment