DR. MAHATHIR Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali
beramah mesra dengan rakyat Malaysia dalam majlis Sepetang Bersama Tun Mahathir
di London, United Kingdom, kelmarin.

DR. MAHATHIR tiba di The Chartered Accountant Hall
di London untuk majlis 'Sepetang Bersama Tun Mahathir' anjuran Kelab UMNO UK,
kelmarin.
Dalam kunjungan singkat itu, bekas Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali turut meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat Malaysia.
Semasa di London, Dr. Mahathir diundang oleh Kelab UMNO United Kingdom dan United Kingdom & Eire Council (UKEC) untuk menyampaikan pandangan mengenai perkembangan politik negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Beliau berucap pada majlis Sepetang Bersama Tun Mahathir yang dihadiri oleh 250 orang rakyat Malaysia. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment