Penjawat awam, pesara ucap terima kasih pemberian Bantuan Khas Kewangan
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian
Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan raya kepada
penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ia membuktikan kerajaan menghargai
dedikasi dan sumbangan penjawat awam serta jasa golongan pesara kepada negara.
"Pemberian ini pasti memberi keceriaan dan kegembiraan kepada penjawat awam khasnya yang berpendapatan sederhana bagi membuat persiapan Aidilfitri yang bakal tiba," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam kenyataan hari ini, mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan itu yang akan dibuat pada 31 Julai ini kepada penjawat awam daripada Gred 1 hingga Gred 54 serta pesara kerajaan.
Omar turut berharap kerajaan menimbang pemberian bonus kepada penjawat awam
ketika pembentangan Belanjawan 2014. - Bernama

No comments:
Post a Comment