SEMOGA CEPAT SEMBOH !!!!
INSAALLAH....
Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

L. RAMLI... kini terlantar di hospital di
Klang.
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Penyanyi irama Pop Yeh Yeh yang popular dengan lagu
Dara Pujaan, L. Ramli atau nama sebenarnya Ramli Lazim sudah hampir tiga
minggu dirawat iaitu sejak dimasukkan hospital pada sambutan Krismas, 25
Disember lalu.
Ramli, 71, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
disebabkan komplikasi kesihatan.
Beliau dimasukkan ke HTAR selepas mengadu sesak nafas setelah selesai
menunaikan solat Subuh.
Alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil, namun tekanan darah saya
masih tinggi dan kaki saya juga masih sakit dan tidak boleh berjalan serta
memerlukan rawatan fisioterapi," katanya Ramli kepada Utusan Malaysia di
sini hari ini. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130113/hi_16/L-Ramli-sudah-3-minggu-di-hospital-di-Klang#ixzz2HxMQgy9H
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment