Thursday, 21 February 2013

Hok Sengoti [SAJAK DALAM BAHASA KELATE]

akan ku  simpan coretan ini utk  kenangan abadi 

"Anda Ore Kelate Pasti Berbangga dengan Tulisan ini"

Laghe tok serupo denge suroh,
Hok comey bakpo duk pakat kato hudo...h,
Saye sohh doh laeng denge beci,
Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi.
Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,
Serupo dahago ado sabit denge lapar,
Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,
Selok tak dok bezo denge tok kaba.
Sapo kato buluh tu galoh,
Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,
Naka laeng sikit denge jahat,
Dawa pun oghe duk pangge krawak.
Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,
Sengotilah tolo tok srupo denge panda,
Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.
Demey tok keboh bezo denge leloh,
Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,
Baling tu laen denge kipah angin,
Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng.
Kito tok leh wak tok tetu kalu,
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,
Kito duk ralit berembah badi cah keting,
Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling.
Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,
Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,
Kalu karak buleh lagi kito peteri,
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?
Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro
Culah lagu laeng tok srupo denge celiko
Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro
Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!
- Lim Swee Tin.

Indah sungguh Bahasa Negeri Kami bersesuaian dengan keunikan budaya dan adat resamnya. Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain kami bersatu dan teguh menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Kelate.

Silakan "SHARE" jika anda berbangga dengan Bahasa Kelate. SHARE kan sebanyaknya bagi memartabatkan Bahasa Kita dimata Dunia. Hanya Di Kelate

♥ Selamat Datang ke Negeri Kelantan Darul Naim ♥

Wednesday, 20 February 2013

Kakitangan perlu ambil surat pelantikan

 

Putrajaya: Kakitangan awam yang baru dilantik perlu hadir sendiri mengambil surat pelantikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mulai tahun ini berbanding dihantar melalui pos sebelum ini.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, berkata majlis pertama penyerahan surat pelantikan itu akan diadakan di ibu pejabat SPA di sini, Khamis ini, membabitkan kira-kira 200 jawatan.
“Dulu kita pakai pos saja, sekarang kita panggil pegawai serah sendiri dan beri ceramah sikit mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam perkhidmatan awam.
Bersemuka, mudah urusan

“Ini membolehkan kakitangan awam yang baru bersemuka dengan pegawai di SPA bagi memudahkan sebarang urusan pada masa depan kerana sudah saling mengenali,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, Mahmood mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan lebih 200 wakil kakitangan kontrak di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Dalam pada itu, beliau berkata, SPA yakin dapat selesaikan masalah membabitkan lebih 50,000 kakitangan kontrak dalam sektor awam di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Saturday, 16 February 2013

PELAKON VETERAN, KUSWADINATA MENINGGAL DUNIA

Cetak

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 5.07 petang tadi kerana menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Selain pendarahan usus, bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat itu turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk membuang air kecil secara normal.
 
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.
BH Online, kelmarin melaporkan pelakon yang popular dengan watak ‘Abang Kus’ dalam filem Seniman Bujang Lapok itu berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital yang sama sejak 9 Februari lalu.

Antara filem lain yang pernah dibintangi Allahyarham adalah Jejak Bertapak, Serampang Tiga dan Kala Malam Bulan Mengambang,

Sepanjang hayat beliau, Allahyarham Kuswadinata pernah dianugerahkan Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kamariah Mohd Said, 57, dan empat orang anak.

Friday, 15 February 2013

PERBELANJAAN SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN


Ingin ku abadikan artikel ini sebagai pedoman dan ingatan.. iizinkan...
 
BICARA AGAMA

Ikut syariat atau ikut hati?


MENJAMU tetamu dengan pelbagai hidangan makanan amat digalakkan menurut agama Islam bagi meraikan kehadiran mereka pada majlis walimatulurus. - Gambar hiasan
MENGADAKAN kenduri kahwin atau dikenali sebagai walimatulurus amat digalakkan di sisi agama Islam. Bahkan terdapat hujah dalam kalangan para ulama yang mengatakan hukum menghadiri majlis sebegini adalah wajib, malah mereka turut mengharuskan berbuka puasa bagi jemputan yang sedang berpuasa sunat.
Penganjuran majlis kenduri kahwin sebenarnya dilihat bertujuan meraikan kehadiran pasangan suami isteri ke alam rumah tangga, selain dilihat menghebahkan kedua-dua mempelai yang telah mengikat talian perkahwinan kepada masyarakat umum.
Bukan sekadar itu juga, majlis kenduri mempunyai objektif mendalam iaitu ia bertujuan mengeratkan talian silaturahim antara sesama sanak-saudara dan sahabat-handai seandainya mereka tinggal berjauhan lalu bertemu kembali pada majlis raja sehari tersebut.
Sebenarnya ia merupakan satu ibadat, bahkan ia bertepatan dengan satu hadis diriwayatkan oleh Anas yang bermaksud: "Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Muhammad menjadi seorang pengantin dengan Zainab al-Jahsy, baginda telah mengundang masyarakat lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai."
Sebaliknya pada hari ini, adakah tujuan asal majlis perkahwinan seperti dianjurkan oleh agama Islam masih terjadi lagi? Adakah budaya yang seolah-olah berlebih-lebihan atau menunjuk-nunjuk itu digalakkan dalam agama Islam?
Hal ini kerana pada masa kini, trend majlis perkahwinan dilihat melepasi batas tujuan asal. Ini dibimbangi berlakunya unsur pembaziran serta bersaing secara tidak sihat di antara satu sama lain.
Bukan hanya pembaziran dari segi persiapan tetapi juga cenderamata yang dikhaskan untuk para tetamu yang malah harganya. Pun begitu, ada segelintir suara-suara yang mengatakan apa salahnya, asalkan berkemampuan. Adakah konsep majlis perkahwinan sebegini dibolehkan agama dengan alasan berkemampuan?
Daripada pandangan Islam, segala perkara yang mempunyai unsur pembaziran dan menunjuk-nunjuk adalah dilarang. Jelas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, sekiranya walimatulurus mempunyai unsur itu maka matlamat asal ia diadakan telah bertentangan dengan ajaran Islam.
Ujar beliau, tujuan asal walimatulurus adalah untuk memperkenalkan pengantin kepada saudara mara dan jiran tetangga. Jadi jika berlaku pembaziran sehingga terpaksa berhutang, ini adalah suatu tindakan yang sangat dilarang.
Sehubungan itu, Islam tidak menggalakkan segala perkara yang berlebihan sehingga mendatangkan kemudaratan kerana kesederhanaan dititikberatkan oleh ajaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
"Tidak kira, sama ada kaya atau miskin, jika mereka melakukan sesuatu perkara berlawanan dengan hukum syarak termasuk menganjurkan pembaziran, ia adalah ditegah dan dikhuatiri mengurangkan keberkatan pada majlis perkahwinan berkenaan.
"Oleh itu suka saya menyarankan kepada bakal pengantin di luar sana untuk memikirkan sehabis-habisnya tentang soal majlis perkahwinan. Seharusnya mereka mengadakan majlis perkahwinan dengan mengikut kemampuan mereka. Memadai ia diadakan dengan sederhana tetapi memenuhi matlamat asal perkahwinan diadakan," ujar Harussani yang antara sempat mengingatkan jangan disebabkan berbelanja mewah pengantin terpaksa menanggung bebanan hutang sehingga ke anak cucu.
Berbalik berhubung persoalan menunjuk-nunjuk, menurut Harussani lagi, perbuatan riak merupakan salah satu sikap mazmumah (buruk). Perkara berkenaan hendak dijauhi ketika majlis perkahwinan berlangsung.
Belanja ikut kemampuan
Tidak salah berbelanja berlebihan untuk hari bersejarah tersebut jika pengantin atau keluarganya berkemampuan berbuat demikian. Selain itu, ia adalah tanggungjawab terakhir kepada ibu bapa terhadap anak mereka dan merupakan amanah pertama kepada pengantin baru untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka secara sendiri.
Demikian pula ulasan yang diberikan oleh tokoh agama, Datuk Mohd. Daud Che Ngah ketika dihubungi baru-baru ini dengan memberikan alasan bahawa tidak salahnya memberikan makanan kepada para tetamu yang hadir kerana ia dilihat menghargai dan memuliakan serta mengeratkan hubungan silaturahim, termasuk dalam perbuatan melakukan amalan sedekah.
Mohd. Daud menambah, majlis perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup maka jika pihak yang terlibat berbelanja lebih tidak salah asalkan mengikut kemampuan.
Tokoh agama itu mengambil contoh dalam soal hidangan makanan, ia merupakan satu sedekah dan penghargaan kepada tetamu yang hadir walaupun mereka terdiri daripada golongan berada. Para tetamu terdiri daripada sanak-saudara dan rakan-taulan, seharusnya mereka dihidangkan dengan juadah makanan kerana bertujuan untuk memuliakan mereka kerana sudi hadir ke hari penuh bersejarah itu.
"Saya berpendapat, tidak salah jika berbelanja untuk perkara baik contohnya dalam soal hidangan makanan kepada tetamu yang hadir. Yang salahnya apabila membelanjakan untuk perkara melalaikan contohnya mengadakan hiburan sehingga membelanjakan beribu-ribu walaupun mereka berkemampuan.
"Sebenarnya di negara-negara Arab termasuk di Kota Mekah, mereka akan turut mengeluarkan belanja untuk majlis perkahwinan sehingga RM300,000 kerana majlis itu adalah suatu yang penting menurut adat mereka. Asalnya perjalanan majlis mengikut hukum syarak," jelas beliau yang merupakan Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
Kata Mohd. Daud lagi, selain mengeratkan talian silaturahim, majlis perkahwinan atau walimatulurus adalah sesuatu yang penting kerana sekiranya suami atau isteri ingin bercerai dalam tempoh singkat, mereka akan beringat kerana demi perkahwinan itu mereka terpaksa berkorban wang dan tenaga.
"Mereka akan malu dengan para tetamu kerana masyarakat telah mengetahui bahawa pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga. Penceraian dalam tempoh singkat akan menjadi buah mulut orang yang akhirnya memalukan dua mempelai," ujar beliau.
Sehubungan itu, Mohd. Daud berkata yang menjadi kesalahan jika berlebih-berlebihan sehingga melampaui batas kemampuan mereka lalu terpaksa memohon pinjaman kewangan, bergolok-bergadai atau berhutang keliling pinggan.
Tanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai suami isteri adalah penting daripada memikirkan majlis perkahwinan. Dalam tempoh lima tahun awal perkahwinan, pasangan suami isteri bakal dilanda pelbagai dugaan termasuk berhadapan masalah kewangan.
Berbelanja berlebihan dan pasangan terpaksa menanggung hutang, seterusnya mendatangkan masalah kewangan sehingga membawa kepada masalah perceraian adalah suatu perkara yang merugikan.
Menurut Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datin Dr. Noor Aziah Mohd. Awal, bakal pengantin perlu memahami akan konsep perkahwinan itu sendiri dengan mengetahui bahawa nikah dan mahar sudah memadai berbanding mengeluarkan belanja mewah untuk majlis yang berlangsung selama sehari.
Sehubungan itu, Noor Aziah menggesa pasangan di luar sana untuk memikirkan masa panjang berbanding terpaksa memohon pinjaman kewangan yang mempunyai riba, akhirnya menyusahkan perkahwinan mereka sendiri.
"Perkahwinan sebenarnya ikut syariat, bukannya mengikut hati. Kalau hendak memuas hati sendiri dan orang ramai, sampai bila tidak dapat. Oleh demikian, ikut syariat adalah jalan terbaik.
"Bahkan peratusan kadar penceraian hari ini adalah disebabkan faktor kewangan. Bebanan tersebut menyebabkan masing-masing tidak memenuhi keperluan asas sebuah keluarga lalu berpisah dianggap adalah cara terbaik untuk meleraikan masalah tersebut," kata beliau.
Dalam pada itu, Noor Aziah berkata terikut-ikut dengan rancangan program televisyen perkahwinan dan majalah sangat tidak digalakkan kerana daripada sudut itu akan dilihat menarik bakal pengantin untuk meniru contoh dipaparkan yang akhirnya menjerat diri masing-masing.
"Jika dahulu, orang kampung akan membawa beras, gula dan masing-masing menyalurkan sedekah untuk menumbang seekor lembu, maka pengantin tidak akan mengeluarkan pembelanjaan satu sen pun. Selain ia dilihat menjimatkan kos, tetapi ia dilihat mengeratkan silaturahim menerusi amalan bergotong-royong.
"Tetapi situasi seperti itu telah ditelan zaman, amalan gotong-royong sudah jarang dijumpai, terutamanya dalam kalangan masyarakat moden hari ini," kata Noor Aziah.
Beliau mencadangkan agar majlis perkahwinan antara kedua-dua pihak disatukan dan diadakan di surau atau masjid, sekali gus sebagai tanda perpaduan dan hubungan erat sesama keluarga.
"Jadikanlah walimatulurus sebagai penanda aras untuk suami bertanggungjawab mengeluarkan mahar untuk isteri dan dari sudut lain, ia mendidik dan menerapkan amanah kepada pasangan suami isteri berkenaan," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130215/ba_01/Ikut-syariat-atau-ikut-hati#ixzz2Kz3gfoIB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 13 February 2013

PERKAHWINAN MENGIKUT ISLAM

Saya ingin abadikan catatan ini sebagai ingatan dan pedoman.. izinkan  dan halalkan ilmu ini..
 
Umat Islam diberikan dua perkara yang apabila umatnya berpegang teguh kepada dua perkara ini niscaya tidak akan dijumpai kesesatan maupun kebingungan dalam menjalani kehidupan ini. Hal inilah yang telah diterangkan oleh nabi kita Muhammad SAW. Dalam setiap bentuk peribadatan maupun muamalah. Tidak ketinggalan perkara pernikahan pun telah diberikan petunjuk baik itu dalam Al Qur’an, Hadits, Kisah-kisah nabi dan sahabat, Fiqih, dll.
Dalam Islam, pernikahan merupakan perkara yang penting. Pada masa sebelum Islam, aturan dalam pernikahan tentu sangat berbeda dan mungkin bahkan lebih buruk ataupun dipandang rendah. Kedatangan Islam membawa perubahan agar manusia pada masa itu lebih baik keadaannya, hukumnya, adabnya, dan membawa berkah. Hubungan antar laki-laki dan perempuan pun diatur untuk menjaga fitrahnya. Hingga pada hubungan pernikahan, keluarga dan bertetangga.
Aturan dalam pernikahan ini telah membawa pengaruh yang besar pada perubahan peradaban sehingga tercipta masyarakat yang madani, sejahtera, adil dan makmur. Begitu pentingnya perkara pernikahan ini sehingga telah diatur dan dicontohkan dalam Al qur’an, hadits, fiqih, kisah-kisah, dll. Karena dari pernikahan ini merupakan awal dari pembinaan akhlak keluarga yang baik hingga akhlak pribadi, lingkungan tetangga, masyarakat dan negara.
Pengertian / Definisi
Perkawinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Perkataan Zawaj digunakan di dalam Al Qur’an bermaksud pasangan. Dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkawinan dan mengharamkan zina. Persoalan pernikahan adalah persoalan yang selalu aktual dan selalu menarik untuk dibicarakan. Hingga perkembangan zaman sekarang inipun pernikahan menjadi sorotan masyarakat. Pernikahan bukanlah persoalan kecil dan sepele. ‘Aqad nikah (perkawinan) adalah sebagai suatu perjanjian yang kokoh dan suci.
Pernikahan adalah Fitrah Kemanusiaan
Agama Islam adalah agama fitrah (suci) dan manusia diciptakan Allah Ta’ala cocok dengan fitrah ini, karena itu Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyuruh manusia menghadapkan diri ke agama fitrah agar tidak terjadi penyelewengan dan penyimpangan. Sehingga manusia berjalan diatas fitrahnya. Pernikahan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, karena nikah merupakan Gharizah Insaniyah (naluri kemanusiaan).
Anjuran Menikah dalam Islam
Penghargaan Islam terhadap ikatan pernikahan sangatlah besar. Diantara kita mungkin telah mengetahui bahwa pernikahan itu disebutkan sebanding dengan separuh agama. Hal ini disebutkan dalam hadits dari Anas r.a. berkata telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”.
Membujang Tidak Disukai dalam Islam
Anas radliyallahu ‘anhu berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kami untuk nikah dan melarang kami membujang dengan larangan yang keras. Dan beliau bersabda:
“Nikahilah perempuan yang banyak anak dan penyayang. Karena aku akan berbangga dengan banyaknya umatku dihadapan para Nabi kelak di hari kiamat.”
Kemudian dalam hadits lainnya ketika Rasulullah mengetahui bahwa diantara sahabat ada yang sangat taat dalam beribadah sehingga mereka puasa terus menerus, menjauhi wanita dan tidak menikah. Sehingga Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku shalat dan aku juga tidur dan aku juga mengawini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku”.
Hukum Pernikahan dalam Islam
Pernikahan dalam Islam seperti yang telah dijelaskan sebelumnya bahwa sangat dianjurkan dan hukumnya adalah mubah. Akan tetapi ada beberapa pengertian yang perlu kita pahami akan hukum seseorang apabila menikah / hendak menikah. Hukum pernikahan yang dijelaskan adalah sbb:
  1. Wajib. Kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat. Sehingga apabila dia tidak menikah bisa menjerumuskannya ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) dan dia seorang yang mampu. Mampu ini bermaksud dia mampu membayar mahar dan menafkahi isterinya.
  2. Sunat. Kepada orang yang sudah mampu tetapi dia masih dapat menahan nafsunya.
  3. Mubah. Kepada orang yang tidak ada larangan baginya untuk menikah dan ini merupakan hukum asal pernikahan.
  4. Makruh. Kepada orang yang tidak mampu nafkah batin dan lahir tetapi dia juga tidak memberikan kemudaratan kepada isterinya.
  5. Haram. Kepada orang yang tidak mampu untuk memberi nafkah batin dan lahir, dia juga tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan menikah, serta dikhawatirkan dapat/akan menganiaya isterinya jika menikah.
Tujuan dari Pernikahan dalam Islam
  1. A. Memenuhi Tuntutan Naluri Manusia. Perkawinan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi kebutuhan ini yaitu dengan aqad nikah (melalui jenjang pernikahan). Bukan dengan cara yang berbeda seperti sekarang ini dengan berpacaran, kumpul kebo, melacur, berzina, lesbi, homo, dan lain sebagainya yang telah menyimpang dan diharamkan oleh Islam.
  2. B. Membentengi Ahlak Manusia. Islam memandang pernikahan dan pembentukan keluarga sebagai sarana efefktif untuk memelihara pemuda dan pemudi dari kerusakan, dan melindungi masyarakat dari kekacauan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya”.
  1. C. Menegakkan Rumah Tangga Yang Islami. Tujuan yang luhur dari pernikahan adalah agar suami istri melaksanakan syari’at Islam dalam rumah tangganya. Dalam Al Qur’an disebutkan bahwa Islam membenarkan adanya Thalaq (perceraian), jika suami istri sudah tidak sanggup lagi menegakkan batas-batas Allah, sebagaimana firman Allah:
“Thalaq (yang dapat dirujuki) dua kali, setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali dari sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh istri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang dhalim.”.“Kemudian jika si suami menthalaqnya (sesudah thalaq yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dikawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami yang pertama dan istri) untuk kawin kembali, jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mau) mengetahui“.(Al Baqarah(2):290-230)
  1. D. Meningkatkan Ibadah Kepada Allah. Rumah tangga adalah salah satu peribadatan dan amal shalih di samping ibadah dan amal-amal shalih yang lain. Bahkan hubungan / bersetubuh termasuk ibadah (sedekah). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Jika kalian bersetubuh dengan istri-istri kalian termasuk sedekah !. Mendengar sabda Rasulullah para shahabat keheranan dan bertanya : “Wahai Rasulullah, seorang suami yang memuaskan nafsu birahinya terhadap istrinya akan mendapat pahala ?” Nabi shallallahu alaihi wa sallam menjawab : “Bagaimana menurut kalian jika mereka (para suami) bersetubuh dengan selain istrinya, bukankah mereka berdosa .? Jawab para shahabat :”Ya, benar”. Beliau bersabda lagi : “Begitu pula kalau mereka bersetubuh dengan istrinya (di tempat yang halal), mereka akan memperoleh pahala !”.
  1. E. Mencari Keturunan Yang Shalih. Tujuan pernikahan di antaranya ialah untuk melestarikan dan mengembangkan bani Adam. Dan yang terpenting lagi dalam pernikahan bukan hanya sekedar memperoleh anak, tetapi berusaha mencari dan membentuk generasi yang berkualitas, yaitu mencari anak yang shalih dan bertaqwa kepada Allah.Tentunya keturunan yang shalih tidak akan diperoleh melainkan dengan pendidikan Islam yang benar. Allah berfirman :
“Allah telah menjadikan dari diri-diri kamu itu pasangan suami istri dan menjadikan bagimu dari istri-istri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?”.
Tata Cara Pernikahan Dalam Islam
Islam telah memberikan konsep yang jelas tentang tata cara pernikahan berlandaskan Al Qur’an dan Sunnah, secara singkat adalah:
1. Khitbah (Peminangan)
Seorang muslim yang akan menikahi seorang muslimah hendaknya ia meminang terlebih dahulu, karena dimungkinkan ia sedang dipinang oleh orang lain, dalam hal ini Islam melarang seorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain (Muttafaq ‘alaihi).
2. Aqad Nikah
Dalam aqad nikah ada beberapa syarat dan kewajiban yang harus dipenuhi : Suka sama suka dari kedua calon mempelai dan Ijab Qabul.
Syarat Ijab
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempo waktu
  • Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab: Wali/wakil Wali berkata kepada calon suami:”Aku nikahkan/kawinkan engkau dengan Delia binti Munif dengan maskawinnya sebanyak Rp. 300.000 tunai”.
Syarat qabul
  • Ucapan sesuai dengan ucapan ijab
  • Bukan perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh calon suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempo waktu seperti mutaah (nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  • Menyebut nama calon isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebuatan Qabul: Dilafazkan oleh calon suami:”Aku terima nikah/kawinannya dengan Delia binti Munifdengan maskawinnya sebanyak Rp. 300.000 tunai” ATAU “Aku terima Delia binti Munif sebagai isteriku”.
Mahar
Mahar (atau diistilahkan dengan mas kawin) adalah hak seorang wanita yang harus dibayar oleh laki-laki yang akan menikahinya. Mahar merupakan milik seorang isteri dan tidak boleh seorang pun mengambilnya, baik ayah maupun yang lainnya, kecuali dengan keridhaannya. Allah Berfirman:
Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (Ar Nisaa’(4):4)
Jenis mahar
  • Mahar Misil : Mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah menikah sebelumnya.
  • Mahar Muthamma : Mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.
Ada Wali
Yang dikatakan wali adalah orang yang paling dekat dengan si wanita. Dan orang paling berhak untuk menikahkan wanita merdeka adalah ayahnya, lalu kakeknya, dan seterusnya ke atas. Boleh juga anaknya dan cucunya, kemudian saudara seayah seibu, kemudian saudara seayah, kemudian paman.
Ibnu Baththal rahimahullaah berkata, “Mereka (para ulama) ikhtilaf tentang wali. Jumhur ulama di antaranya adalah Imam Malik, ats-Tsauri, al-Laits, Imam asy-Syafi’i, dan selainnya berkata, “Wali dalam pernikahan adalah ‘ashabah (dari pihak bapak), sedangkan paman dari saudara ibu, ayahnya ibu, dan saudara-saudara dari pihak ibu tidak memiliki hak wali.”
Syarat wali
  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak Fasik
  • Tidak cacat akal pikiran, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya
Ada Saksi-saksi
Syarat-syarat saksi
  • Sekurang-kurangnya dua orang
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Lelaki
  • Memahami isi lafaz ijab dan qabul
  • Bisa mendengar, melihat dan berbicara
  • Adil
  • Merdeka
 3. Walimah
Walimatul ‘Urusy hukumnya wajib dan diusahakan sesederhana mungkin dan dalam walimah hendaknya diundang orang-orang miskin. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang mengundang orang-orang kaya saja berarti makanan itu sejelek-jelek makanan.
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya” .
Sebab-Sebab Diharamkannya Pernikahan
  • Perempuan yang diharamkan menikah dengan lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam Al-Qur’an:
Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nisaa’(4):23)
  • Perempuan yang diharamkan menikah dengan lelaki disebabkan karena sepersusuan.
  • Perempuan merupakan muhrim bagi lelaki karena pernikahannya.
  • Perempuan yang merupakan anak saudara perempuan dari isteri dan keturunannya.
Sekian sedikit penjelasan tentang perkara pernikahan jika kita pelajari dari hukum Islam agama kita. Di akhir akan sebutkan ayat yang sangat tidak asing apabila berkaitan dengan pernikahan. Firman Allah Ta’ala dalam surat Ar Ruum (30):21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Thursday, 7 February 2013

SETIA HUJUNG NYAWA

Hari terakhir untuk aku  setia menunggu TV3 demi sebuah drama yang telah diikuti dari awal. Berhantu juga cerita ini.. terpaksa aku luangkan masaku selama sejam untuk mengikuti  liku-liku perjalanan hidup yang dihidangkan.

Pelakon yang hebat..hidup jalan penceritaannya.. syabas SUHAN.. drama yang bagus.. Ingin ku simpan kenangan ini sebagai memori indah bersama mu ...


Drama bersiri 24 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).
SETIA HUJUNG NYAWA ditayangkan di TV3 mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.
Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA: Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Barisan Pelakon Drama Setia Hujung Nyawa Bersama Rosyam Noor Penerbit Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Barisan Pelakon Drama Setia Hujung Nyawa Bersama Rosyam Noor Penerbit Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Pelakon Drama Setia Hujung Nyawa, Zila Bakarin, Bea Rameshan, Nelydia Senrose, Chacha Maembong, Sura Sojangi, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Amar Ashraf & Hilal Azman

Pelakon Drama Setia Hujung Nyawa, Zila Bakarin, Bea Rameshan, Nelydia Senrose, Chacha Maembong, Sura Sojangi, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Amar Ashraf & Hilal Azman

Teraju Utama Drama 'Setia Hujung Nyawa', Amar Ashraf dan Nelydia Senrose

Teraju Utama Drama ‘Setia Hujung Nyawa’, Amar Ashraf dan Nelydia Senrose

Amar Ashraf (2)

Amar Ashraf

Nelydia Senrose sebagai Ersalina

Nelydia Senrose sebagai Ersalina

Amar Ashraf sebagai Zain Hakimi

Amar Ashraf sebagai Zain Hakimi

Teraju Utama Drama 'Setia Hujung Nyawa', Amar Ashraf dan Nelydia Senrose (2)

Teraju Utama Drama ‘Setia Hujung Nyawa’, Amar Ashraf dan Nelydia Senrose

Pelakon Drama 'Setia Hujung Nyawa', Amar Ashraf, Nelydia Senrose & Bea Rameshan (1)

Pelakon Drama ‘Setia Hujung Nyawa’, Amar Ashraf, Nelydia Senrose & Bea Rameshan

Pelakon Drama 'Setia Hujung Nyawa', Amar Ashraf, Nelydia Senrose & Bea Rameshan (2)

Pelakon Drama ‘Setia Hujung Nyawa’, Amar Ashraf, Nelydia Senrose & Bea Rameshan

Teraju Utama Drama 'Setia Hujung Nyawa', Amar Ashraf dan Nelydia Senrose (3)