Hari terakhir untuk aku setia menunggu TV3 demi sebuah drama yang telah diikuti dari awal. Berhantu juga cerita ini.. terpaksa aku luangkan masaku selama sejam untuk mengikuti liku-liku perjalanan hidup yang dihidangkan.
Pelakon yang hebat..hidup jalan penceritaannya.. syabas SUHAN.. drama yang bagus.. Ingin ku simpan kenangan ini sebagai memori indah bersama mu ...
Drama bersiri 24 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn
Bhd dan membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain
Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan
Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen
(Iqram).
SETIA HUJUNG NYAWA ditayangkan di TV3
mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.
Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA: Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah
sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum
berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari
dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan
Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan
oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda
tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup
dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri.
Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang
yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan
faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga
masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman
dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati
kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia
mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah.
Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan
Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk
menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada
Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah
pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia
mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di
TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya
melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook
& Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Barisan Pelakon Drama Setia Hujung Nyawa Bersama Rosyam Noor Penerbit Suhan
Movies & Trading Sdn Bhd
Pelakon Drama Setia Hujung Nyawa, Zila Bakarin, Bea Rameshan, Nelydia
Senrose, Chacha Maembong, Sura Sojangi, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Amar Ashraf
& Hilal Azman
Teraju Utama Drama ‘Setia Hujung Nyawa’, Amar Ashraf dan Nelydia Senrose
Amar Ashraf
Nelydia Senrose sebagai Ersalina
Amar Ashraf sebagai Zain Hakimi
Teraju Utama Drama ‘Setia Hujung Nyawa’, Amar Ashraf dan Nelydia Senrose
Pelakon Drama ‘Setia Hujung Nyawa’, Amar Ashraf, Nelydia Senrose & Bea
Rameshan
Pelakon Drama ‘Setia Hujung Nyawa’, Amar Ashraf, Nelydia Senrose & Bea
Rameshan
No comments:
Post a Comment