Skim yang diperkenalkan Konsortium Marak Strategi merangkumi Marak Strategi Sdn Bhd, NCT United Development Sdn Bhd dan Spind Malaysia Sdn Bhd, sebagai pembekal bahan binaan itu, kali pertama diperkenalkan.
Ia turut mendapat sokongan Gabungan NGO Malaysia; CUEPACS, PEWARIS Malaysia, BATAS Malaysia dan SRIKANDI Malaysia.
Presiden Kumpulan Marak Strategi Sdn Bhd, Datuk Muhammad Ismail Amairuddin, berkata skim berkenaan akan membantu golongan Bumiputera memiliki kediaman sendiri.
Nilai sebenar RM360,000
Skim itu adalah projek pembinaan rumah bersama skim sewa beli bernilai sebenar seperti RM360,000, tetapi hanya mengenakan pembayaran bulanan antara RM400 ke RM700 sebulan.
Selepas insentif tanggungjawab sosial korporat (CSR) penyewa beli rumah hanya perlu membayar ansuran keseluruhan RM150,000 hingga RM250,000 bersih dalam tempoh 25 tahun, katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara konsortium dengan NGO yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, di sini, semalam.
Turut hadir Presiden Gabungan NGO Malaysia, Md Radzi Daud; Pengarah Urusan Spind Malaysia Sdn Bhd, Catherine Yap; Presiden SRIKANDI Malaysia, Norashikin Abd Ghani dan Presiden PEWARIS Malaysia, Datuk Paduka Ab Malek Ranting.
Katanya, pakej itu termasuk yuran guaman percuma, cukai pembelian percuma, insurans rumah percuma (MRTA), skim pembayaran ansuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diserapkan dalam pembayaran sewa beli serta insurans perubatan bernilai RM1,200 setahun.
Beliau berkata, setakat ini 700 unit rumah jenis pangsapuri serta teres dibina di Dengkil, dan daripada itu hanya 263 unit yang hampir 80 peratus siap boleh dijual melalui skim perintis itu.
No comments:
Post a Comment