Saturday, 23 November 2013

Anak perisai api neraka


DARIPADA Aisyah r.ha katanya: "Datang ke rumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanyaĆ¢€. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (dari rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda: Ć¢€œSesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik, adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian

Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah SWT dan rasul-Nya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131122/ba_05/Anak-perisai-api-neraka#ixzz2lSK2oxTq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penggunaan telekung dalam solat

SOALAN: 

SUDAH beberapa kali saya melihat wanita yang menunaikan solat tanpa memakai telekung. Bila ditanya kepada segelintir wanita, mereka mengatakan tidak wajib memakai telekung kerana yang wajib hanya menutup aurat. Ini menimbulkan kekeliruan, apa lagi ramai dalam kalangan muslimah yang memilih memakai telekung. Apakah dibolehkan bersolat tanpa bertelekung?

JAWAPAN

Menutup aurat adalah salah satu syarat sah solat. Aurat dalam solat ialah bahagian tubuh yang wajib ditutup ketika bersolat. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan apa yang ditegaskan Allah SWT di dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).
Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan zi-na-ta-kum sebagai pakaian yang wajib dipakai ketika bersolat. Kajian ahli fikah menggariskan aurat wanita ketika bersolat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua pergelangan tangan. Ketetapan ini bersumberkan beberapa hadis Rasulullah SAW.
Oleh itu. wanita yang menutup auratnya ketika solat, maka sah solatnya. Pakaian apa yang dipakainya untuk memenuhi syarat ini tidak diambil kira. Apabila seorang wanita memakai jubah atau baju kurung atau seluar yang memang menutup aurat dan memakai stoking atau kainnya labuh hingga menutup kaki, solatnya sah.
Penggunaan telekung hanya terkenal dalam kalangan muslimah Nusantara dan tidak digunakan di negara-negara lain. Ia bukan satu kewajipan. Sudah tentu sukar untuk sentiasa membawa telekung, terutama ketika bermusafir atau bekerja.
Oleh itu, memadai bersolat dengan pakaian yang dipakainya dengan syarat pakaian tersebut menutup aurat dan bersih.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131120/ba_05/Penggunaan-telekung-dalam-solat#ixzz2lSJ62Zvi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tempoh menunggu tunai haji 50 tahun - Jamil Khir


KUCHING 23 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dari segi teknikal umat Islam di negara ini yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu 50 tahun sebelum dapat berbuat demikian.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit Tabung Haji (TH) sedang menunggu giliran menunaikan ibadat itu.

"Bagaimana tempoh waktu menunggu akan menganjak kurang daripada tempoh yang diberitahu ketika mendaftar atas pelbagai faktor antaranya ada yang dipilih meninggal dunia atau mengalami sakit berpanjangan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Haji dan TH Hotel Sarawak, pada Sabtu.

Majlis dilakukan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Jamil Khir juga menegaskan, kuota jemaah haji negara ini tidak dibuat mengikut negeri bagi mengelakkan 'kesesakan' yang mungkin berlaku di sesetengah negeri.
Mengenai kompleks dan hotel itu, Jamil Khir yakin kewujudan kemudahan tersebut akan melancarkan operasi haji di Sarawak.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib menyeru bakal haji di negeri itu menggunakan sebaik mungkin kemudahan tersebut apabila beroperasi kelak.

"Kepada jemaah haji ambil peluang ini untuk belajar sebaik mungkin daripada Tabung Haji kerana nama Tabung Haji sangat 'besar' dan dihormati di seluruh dunia.

"Saya masih ingat pada 1976 ketika kapal haji Malaysia terbakar, Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak telah meminta saya untuk mencari kapal terbang bagi kemudahan jemaah haji. Oleh kerana nama Tabung Haji sangat dihormati, New Caledonia Airlines berusaha bersungguh-sungguh membantu kita termasuk membantu menyewa kapal terbang dari syarikat lain," katanya.
Kompleks Tabung Haji dan TH Hotel itu akan dibangunkan oleh TH Properties Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh TH, di atas tanah seluas 2.4 hektar dengan kos RM204 juta dan dijangka siap pada Februari 2017.

Kompleks yang dibina di lokasi strategik berdekatan Lapangan Antarabangsa Kuching dan Kuching Sentral itu bakal mempunyai bangunan hotel sembilan tingkat dengan 235 bilik selain dilengkapi pelbagai kemudahan lain. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131123/dn_24/Tempoh-menunggu-tunai-haji-50-tahun---Jamil-Khir#ixzz2lSFadWrG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sultan declares Friday, Saturday as rest days in Johor from January 1 2014

Johor's Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has declared that the state's rest days will be on Friday and Saturday instead of Saturday and Sunday from January 1, a move that would have implications for the fast growing Iskandar economic corridor.

The much-anticipated decision to revert back to the Friday-Saturday weekend was announced during the investiture ceremony in conjunction with Sultan Ibrahim’s 55th birthday.

Prior to 1994, Johor had Friday and Saturday as non-working days.
"The decision was made following feedback from various quarters to allow Muslims to perform their religious obligation on Friday in a more peaceful manner" he said in his speech at the event held at Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim in the royal town, the Star online reported today.

Speculation has been rife about the change after a state government document was leaked on the internet.
Currently, states such as Kedah, Kelantan, and Terengganu have put Friday and Saturday as their off days.

Malaysia's sovereign wealth fund Khazanah Nasional Bhd had poured in billions for the Iskandar zone, which has been fashioned after Shenzhen in mainland China, across from Hong Kong.

Iskandar, which has seen booming property market, has also begun to attract small-and-medium enterprises and industries while other industries mull their investments in the area.

But the new rest days could affect future investments as it is not in sync with neighbouring Singapore or other states in the west coast of the Malay peninsula. Among businesses and services that could be affected include banking and international colleges that cater to students from the island republic.

One business that could see an increase in visitors is the Legoland resort as the new weekend will attract visitors from Johor itself while others turn up on Sundays, say analysts. - November 23, 2013.

Tuesday, 19 November 2013

Reflection gives insight into the former lives of these senior citizens.

When You Look Closely At These 10 Photos, You’ll See Why They Mean So Much.

November 18, 2013Entertainment
Photographer Tom Hussey created a series of pictures that will speak to you, no matter your age, race, beliefs or occupation. The Reflection photos illustrate just how much we change in our lives and how it seems to happen all at once, no matter how many years actually go by. These will grip your soul.
Take time to appreciate every day, because these years will be gone before you know it. You can visit Tom Hussey’s site here.

Monday, 18 November 2013

Siti, Rossa masuk UiTM

Oleh Adam Salleh
Sekalipun sibuk sebagai penghibur, Datuk Siti Nur­haliza dan Datuk Rossa sanggup luangkan masa untuk masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM). Keputusan dibuat dua artis terkenal dari dua negara serumpun itu disahut penuh ceria oleh Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Bagaimanapun ‘lampu hijau’ diberi Siti dan Rossa untuk masuk ke institut pengajian tinggi itu bukan sebagai siswazah, sebaliknya bersama tujuh penyanyi lain bagi menjayakan konsert Destini di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 20 dan 21 Disember ini jam 8 malam.
Konsert anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama UiTM dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi itu turut membabitkan artis lama dan baru seperti Amy Search, Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz AF, Dayang Nurfaizah dan seorang lain artis Indonesia, Pansha Ungu. 

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, bukan mudah untuk melembutkan hati kalangan artis ternama terutama Siti dan Rossa bagi menjayakan konsert yang julung kali di anjurkan pihaknya, hinggakan dia sendiri terpaksa berulang alik ke Jakarta menemui Rossa.

“Sesudah dijelaskan matlamat sebenar Konsert Destini ini, barulah artis terbabit sedia bekerjasama. Kolaborasi Siti dan Rossa ada ekstra`sengat’ namun saya tidak pula memandang rendah kemampuan penyanyi lain yang masing-masing mempunyai kehebatan mereka tersendiri,” katanya.

Menurut Aizuddin, Konsert Destini adalah program eksklusif bagi mengisi tabung YDAB, yang ditubuhkan untuk kegiatan amal dan me­nyediakan bantuan dana serta biasiswa dalam bidang pendidikan kepada mereka yang memerlukan mengikut kelayakan yang ditetapkan. 

Pemberian biasiswa adalah salah satu agenda penting yang menjadi inspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mensasarkan anak miskin, anak yatim, anak peneroka, orang asli, anak nelayan, anak polis, anak tentera dan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan. 

Penyanyi Dayang Nurfaizah akan membuka tirai Konsert Destini itu dengan lagu Dayang Sayang Kamu, Seandainya Masih Ada Cinta, kemudian disusuli Jaclyn Victor, Adira, Hafiz AF, Awie, Amy Search, Pasha Ungu, Rossa dan Siti Nurhaliza. 

Tiket berharga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,000 dan sebarang pertanyaan boleh merujuk Facebook Yayasan Destini Anak Bangsa/#konsertdestini serta twitter ydabdihatiku.

FBI: Daripada DJ kepada konsultan?

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
Faizal Ismail
  • Faizal Ismail
 1 / 1 
PENYAMPAI radio popular, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI tidak menolak sekiranya ditawarkan bekerja dengan mana-mana stesen radio dengan syarat bukan sebagai penyampai.

Selepas lapan tahun, FBI akhirnya meninggalkan stesen radio Hot FM, Jumaat lalu.

Hari ini hari pertama peminat segmen Am Krew yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat tidak dapat lagi mendengar gabungan tiga suara penyampainya, FaFau, AG dan FBI.

Ketiadaan FBI disifatkan satu kehilangan besar buat stesen radio berkenaan.

“Untuk menjadi penyampai, saya tak nak. Saya tak mahu kembali ke mana-mana stesen radio sebagai penyampai.

“Tetapi seandainya ditawarkan untuk sesuatu yang berbeza daripada apa yang saya buat, itu mungkin akan dipertimbangkan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, FBI berkata bakal mempertimbangkan sebarang tawaran dari mana-mana stesen radio jika ditawarkan sebagai konsultan.

“Saya berminat untuk... ada kawan saya yang buat konsultan untuk radio. Perkara seperti itu saya suka. Dia buat sampai ke radio di Indonesia.

“Kalau ada tawaran seperti itu, mungkinlah,” katanya yang memilih untuk berhenti daripada menjadi penyampai radio demi memberi fokus kepada perniagaan baru yang diceburinya.

Meskipun sudah berhenti daripada Hot FM, FBI akan menjadi penyampai sambilan pada setiap hujung minggu bersama stesen radio yang pernah mengangkat namanya itu.

“Saya memang tak nak terima mana-mana tawaran stesen radio sebagai penyampai pun tapi lepas saya maklumkan kepada pihak pengurusan tentang keputusan saya, kami berbincang. Mereka meminta supaya saya akan terus bersama Hot FM walaupun pada hujung minggu.

“Itu permintaan pihak pengurusan dan saya menghormati keputusan mereka. Saya anggap ini adalah salah satu cara untuk saya membalas jasa mereka selama ini. Bermakna, dari sudut positifnya, saya dapat menghilangkan rasa rindu saya untuk berada di konti. Tapi semua tertakluk kepada jadual saya juga,” katanya.

FBI turut berkongsi jadualnya agak padat sehingga Jun tahun depan apabila dilamar untuk terlibat dalam sebuah program TV siri kedua.

“Saya masih buat pengacaraan TV. Saya akan buat program yang berlainan jadi, ia tidak akan menjadi rutin saya. Saya dah tengok perjalanan saya kali ini ini. Insya-ALLAH sehingga bulan Jun jadual saya padat.

“Untuk lakonan, kemungkinan saya sudah boleh menerima tawaran-tawaran yang bersesuaian,” katanya.

Akan datang, FBI bakal mengacarakan program Anugerah Skrin (ASK) bersama Nad Zainal dan Awal Ashaari.

TRW tunaikan umrah

WARTAWAN SINAR HARIAN
TRW tunaikan umrah
  • Pegawai dan pemain Kafa mendengar taklimat sebelum menaiki pesawat di KLIA.
 1 / 1 
SERAMAI 28 pemain termasuk pegawai pasukan The Red Warrios (TRW) berlepas ke Makkah bagi mengerjakan umrah bermula 17 hingga 27 November ini, lapor MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor berkata, pakej umrah itu merupakan intensif daripada kerajaan negeri susulan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, tahun lalu.

Katanya, rombongan TRW berlepas jam 6.45 pagi semalam dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sebelum ke Jeddah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 3 petang hari yang sama.

Selain mengerjakan umrah, katanya, mereka akan singgah di Dubai selama empat hari tiga malam bagi tujuan lawatan.

Ujar beliau lagi, antara pemain yang turut serta dalam rombongan itu adalah Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhammad, Azizi Mat Rose dan lain-lain lagi.

“Empat orang pemain TRW tidak dapat mengikuti rombongan iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Farisham Ismail dan Mohd Shakir Shaari kerana bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia,” katanya.

70 peratus penjawat awam tanpa ijazah

Shahidan Kassim18 November 2013
  • Shahidan Kassim
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Sebanyak 70.8 peratus atau 801,871 orang menyertai kumpulan pelaksana dalam sektor perkhidmatan awam tanpa kelayakan ijazah sarjana muda, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, sebanyak 29.2 peratus atau 330,579 orang pula menyertai kumpulan pengurusan tertinggi dan profesional sektor itu dengan ijazah sarjana muda.
"Jumlah penjawat awam, tidak termasuk polis dan tentera, sehingga Oktober 2013 ialah 1,132,450 orang," katanya ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Lip Eng bertanya mengenai jumlah penjawat awam setakat Oktober 2013 mengikut bangsa, jantina, mahasiswa, bukan mahasiswa dan bilangan yang perlu ditambah setiap tahun untuk lima tahun akan datang.
Shahidan berkata, jumlah penjawat awam mengikut kaum ialah 77.4 peratus Melayu, Cina (6.2), India (4.1), bumiputera Sabah (6.6), bumiputera Sarawak (4.3) dan lain-lain kaum 1.4 peratus.
"Jumlah penjawat awam mengikut jantina pula ialah lelaki sebanyak 45.5 peratus manakala wanita 54.5 peratus," katanya.
Shahidan berkata, pada masa ini, pertambahan perjawatan adalah bagi memenuhi keperluan negara khususnya bagi keselamatan, pendidikan dan kesihatan.
"Pendekatan penugasan semula dan tukar ganti pula digunakan bagi memenuhi fungsi dan tugas agensi," katanya. - Bernama

Leave Selangor if unhappy with sultan’s ‘Allah’ decree, critics told

KUALA LUMPUR, Nov 18 — Selangorians who dispute their state Ruler’s decree reserving the use of “Allah” for Muslims only, are free to move out, an Islamic academic has said as the religious row continues to gather speed. 
Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, who specialises in Islamic law at the International Islamic University of Malaysia (IIUM), said that residents in the country’s most developed state are duty-bound to obey Sultan Sharafuddin Idris Shah’s recent reminder on “Allah”, pointing out that the Ruler is also the head of Islam in Selangor.
“What has been decreed by the sultan, we need to obey, there is no compromise if you are Muslim or [from other faiths].
“If there is any seed of rejection towards the decree, they need to go to other (states),” Mahmood Zuhdi was quoted as saying in Malay daily, Utusan Malaysia, today.
The Selangor sultan renewed his decree last Thursday barring non-Muslims in the west-coast state from using the Arabic word for god, including in the Malay-language Christian bible, the Al-Kitab, and in the national Catholic weekly, Herald.
The reminder was issued after a discussion with the Selangor Royal Council earlier last week, where it was decided that Selangor citizens should abide by the Selangor Non-Islamic Religions (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988, which is enforceable regardless of one’s religion.
The 1988 state law, which was passed by the then Barisan Nasional government, prohibits non-Muslims from using 35 Arabic words and phrases in their faiths, including “Allah”, “Nabi” (prophet), “Injil” (gospel) and “Insya’Allah” (God willing).
The biggest bone of contention, however, has been over the word “Allah”, which Malaysian Christians and Sikhs say, also exist in their holy books to refer to the almighty, in citing their constitutional right to use the word.
But local Islamic authorities have argue that use of “Allah” in a non-Islamic context will confuse Malaysian Muslims, which has caused a court challenge by the Catholic Church against a Home Ministry prohibition to drag on over the last five years.
Muslim activist group Ikatan Muslimin Malaysia said on Saturday that failure to obey the sultan’s decree was tantamount to an act of treason, former law minister Datuk Zaid Ibrahim disagreed as he pointed out the specific definition for “treason” is the leading of armed rebellion against the king or sultan.
Zaid added that Sultan Sharafuddin Idris Shah’s blanket ban on the use of “Allah” in the state may not apply to non-Muslims as Islamic laws or religious edicts are only legally binding on Muslims.
Zaid also questioned if a royal decree is considered a law and argued that even if this was the case, the order contravenes the Federal Constitution, which states that non-Muslims cannot be bound by any Islamic laws.
Today, The Malay Mail Online reported several lawyers as saying that Selangor residents are not legally bound by the sultan’s latest decree banning non-Muslims from using “Allah” in the state as the ruler’s powers in Islamic matters were ceremonial.
In his decree, the Selangor sultan had referred to the Court of Appeal’s October ruling, where the appellate court ruled that the Home Ministry’s decision to ban the Herald from referring to God as “Allah” was justified, finding that the use of the word was not integral to the practice of the Christian faith.
The ruling — which overturned an earlier High Court decision that the ban was unconstitutional — has since sparked confusion over the use of the word by Christians in their worship, especially with conflicting opinions within the government itself on how far the ruling would affect practising Christians.

Friday, 8 November 2013

12 mayat masih sempurna

Oleh   MOHAMED SAARIutusanjohor@utusan.com.my




























KERJA-KERJA menggali kubur lama di Kampung Batu Badak untuk pemindahan ke lokasi baharu di Kampung Alai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak, di Johor, semalam. - UTUSAN/MOHAMED SAARI

SEGAMAT 8 Nov. - Penemuan 12 jenazah dalam keadaan sempurna biarpun telah dikebumikan dalam tempoh lapan hingga 12 tahun lalu mencetuskan kejutan dalam kerja pemindahan Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini yang dibuat bagi memberi laluan pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak.

Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaluddin Sapuan, 52, berkata, perkara tersebut disedari pekerja yang terlibat dalam usaha menggali dan memindahkan kira-kira 150 jenazah di tanah perkuburan tersebut sejak beberapa hari lalu.

"Sejak hari pertama penggalian sehingga kelmarin, terdapat 12 jasad yang dikeluarkan dengan keadaan kain kafan masih baik, cuma sedikit kotor dan lusuh. Selepas dikeluarkan, kami terus menyarungkan kain kafan yang baharu sebelum dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumi di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai.

"Jasad yang kain kafannya masih elok ini baru berusia di antara lapan hingga 12 tahun dan boleh dikategorikan sebagai baharu. Jasadnya tetap sama tidak berubah seperti hari pertama dikebumikan dan hanya sedikit bahagian anggota badan yang terusik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jamaluddin yang berpengalaman 22 tahun dalam kerja tersebut berkata, dia juga pernah menemukan jasad yang langsung tidak terusik meskipun sudah 30 tahun dikebumikan dan penemuan dalam kerja pemindahan jenazah ke tanah perkuburan baharu ini perlu menjadi pengajaran sebagai bukti kekuasaan Allah.

Dia yang sebelum ini terlibat dengan kerja pemindahan tanah perkuburan di Pengerang, Kota Tinggi, berkata, sejak hari pertama kerja dijalankan tanah perkuburan tersebut diselubungi bau harum, namun dia menganggap itu sebagai paparan pengajaran untuk umat akhir zaman.
Sementara itu, Rahmah Mohd Zain, 77, waris kepada dua jasad yang tidak terusik tersebut berkata, ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti itu dan bersyukur dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah.

"Saya pernah tinggal berhampiran kubur ini selama 32 tahun. Di sini, terdapat empat buah kubur waris saya iaitu kubur datuk, emak, kakak ipar dan adik lelaki saya. Kubur kakak ipar, Senyum Salleh dan adik lelaki saya, Harun Mohd. Zain sahaja yang masih elok kain kafannya.

"Salah satu jasad yang masih elok itu ialah Ahmad Raof dan seorang lagi dikenali sebagai Mehran yang sewaktu hayatnya merupakan seorang yang alim dan sering ke surau lama yang terletak bersebelahan kubur ini. Arwah Mehran pula tidak pernah meninggalkan solat, di samping mengajar mengaji tanpa upah," katanya lagi.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131109/dn_15/12-mayat-masih-sempurna#ixzz2k7ModLNA
© Utusan Melayu (M) Bhd