WARTAWAN SINAR HARIAN
SERAMAI 28 pemain termasuk pegawai pasukan The Red Warrios (TRW) berlepas ke Makkah bagi mengerjakan umrah bermula 17 hingga 27 November ini, lapor MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor berkata, pakej umrah itu merupakan intensif daripada kerajaan negeri susulan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, tahun lalu.
Katanya, rombongan TRW berlepas jam 6.45 pagi semalam dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sebelum ke Jeddah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 3 petang hari yang sama.
Selain mengerjakan umrah, katanya, mereka akan singgah di Dubai selama empat hari tiga malam bagi tujuan lawatan.
Ujar beliau lagi, antara pemain yang turut serta dalam rombongan itu adalah Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhammad, Azizi Mat Rose dan lain-lain lagi.
“Empat orang pemain TRW tidak dapat mengikuti rombongan iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Farisham Ismail dan Mohd Shakir Shaari kerana bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia,” katanya.

No comments:
Post a Comment