Seandainya kau tau..
betapakah lukanya hatiku
pasti kau akan tersenyum sinis
memperlekihkan perasaanku.
Seandainya kau tahu..
betapa lukanya hatiku
kau pasti akan terusan menyakitiku
dan mempastikan
aku terus disakiti dengan perbuatan mu.
Kejamnya hidup ini...
Namun aku pasti
masih ada secalit indah
disebalik keperitan ini
pun
aku pasti
mungkin masih ada esok
yang lebih pasti untukku
mengapai ketenangan
dan kedamaian hati..
Sekiranya padamu
aku tiada apa erti untukmu
izinkanlah aku berlalu
mencari diriku
yang telah hampir tenggelam..
Thursday, 21 March 2013
Wednesday, 20 March 2013
Jamalul arah tembak dan lari
![]() |
|
Jamalul Kiram kelmarin berkata, para pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya, Azzimuddie Kiram berada di tanah air mereka (Malaysia).
“Mereka sudah berada di tanah air mereka (Malaysia), justeru kenapakah perlu pulang?” katanya kepada wartawan di kediamannya di bandar Taguig dekat sini.
Sementara itu, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani pula berkata, perjuangan di Sabah akan diteruskan.
Menurut beliau, gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Jamalul Kiram baru-baru ini telah ditarik balik dan para pengikutnya telah diarah untuk melaksanakan operasi ‘tembak dan lari’ terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Idjirani turut mendakwa Azzimuddie dan para pengikutnya masih berada di Sabah
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2O5agtQ6v
Hakcipta terpelihara
Friday, 15 March 2013
HKL bertaraf dunia pada 2015
Oleh ZULKIFLI MANZOR dan NOR SYARIZA MUHD.
TAHIR
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menjadikan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai hospital bertaraf dunia menjelang tahun 2015.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sasaran itu mampu dicapai melalui projek pembangunan yang sedang dijalankan di hospital tersebut.
Ujarnya, kejayaan menaik taraf Pudu Sentral kepada sebuah pusat transformasi bandar yang hebat dan menakjubkan pada tahun lalu boleh dijadikan contoh untuk membangunkan hospital berkenaan.
"Sebagai bekas pesakit HKL sebanyak dua kali, saya ada perasaan dan sentimen untuk membantu hospital ini terus menyerlah dari segi kedudukannya sebagai hospital premier di dunia.
"Oleh sebab itu di dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta supaya HKL menjadi sebuah hospital ikonik yang boleh dibanggakan oleh rakyat," katanya pada majlis Lawatan Kerja dan Perasmian Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC) HKL di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2NblDq7eZ
Hakcipta terpelihara
Penduduk nyaris disembelih pengganas
Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi ketika dia bersama beberapa penduduk
tiba-tiba dijadikan tawanan oleh sekumpulan 50 pengganas yang dipercayai
menyelinap masuk dari Kampung Tanduo.
Menurut Ajmain, 35, seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu tiba-tiba datang ke arahnya yang ketika itu duduk di barisan depan bersama kira-kira 60 penduduk lain sebelum dirinya ditampar dua kali dan pengganas itu kemudian mengacukan parang untuk menyembelih lehernya.
"Pengganas itu mengesyaki saya merupakan individu yang melaporkan kemasukan penceroboh ke Kampung Tanduo kepada pihak berkuasa," kata Ajmain ketika ditemui di Fajar Harapan di sini semalam.
Kata bapa kepada seorang anak itu, dia sangat takut dan hanya membayangkan akan mati.
"Kumpulan pengganas ketika itu sangat berang mungkin kerana terdapat beberapa rakan mereka sudah ditangkap di samping kubu kuat pula diserang pihak berkuasa," kata Ajmain.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2NbkczKWE

Dendam kesumat Sulu Filipina
![]()
BEBERAPA kenderaan dinaiki anggota keselamatan meneruskan
misi mencari saki-baki pengganas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu semalam.
|
KUALA LUMPUR - Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah berulang pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar kecil).
Justeru, beliau berkata, pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara. Ahmad Zahid menegaskan, inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400 kilometer persegi di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang.
"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat Sulu Filipina).
"Budaya ini melibatkan keturunan dan berlarutan selama ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," kata beliau di sini semalam.
Ahmad Zahid memberitahu, budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina. Pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu akan berulang pada masa hadapan.
Ditanya adakah Malaysia akan bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina untuk menghapuskan ancaman itu secara terus pada puncanya, beliau berkata, tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.
"Kalau kita masuk ke Filipina, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya.
"Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2Nbif5s4l
Hakcipta terpelihara
Monday, 11 March 2013
Kg. Tanduo kini bersih, keselamatan Lahad Datu, Semporna kembali normal

BENDERA Jalur Gemilang dikibarkan di
Kampung Tanduo, Lahad Datu hari ini selepas operasi dan menggeledah dilakukan
sejak 5 Mac lalu dan disahkan ia telah bersih. - IHSAN KEMENTERIAN
PERTAHANAN

BEBERAPA buah trak tentera keliahatan keluar dari
Kampung Tanduo, Lahad Datu selepas genap seminggu Ops Daulat dilancarkan. -
BERNAMA
Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir.
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis.
"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan dan yakin kami boleh mencapainya," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada sidang akhbar pada 4.30 petang ini.
Terdahulu, pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar pada 10.40 pagi berkaitan perkembangan semasa insiden Lahad Datu, Hamza mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.
Sementara itu, lima sekolah di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula hari ini. Hanya tiga sekolah di kawasan zon merah masih ditutup.
Bagaimanapun, Hamza mengingatkan masyarakat agar tidak menghampiri kawasan operasi.
Pasukan keselamatan kini dalam usaha mengeluarkan mayat penceroboh dari Kampung Tanjung Batu, dan sehingga petang ini, 22 mayat dikeluarkan dan 18 daripadanya dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat lagi ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.
"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa (ketua kumpulan penceroboh berpangkat jeneral)," kata Ketua Forensik Operasi Daulat, Asisten Supritendan Hussien Omar Khan.
Mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu, Hamza menafikannya dan berkata, penduduk kampung Tanjung Batu, Labian dan Sungai Bilis telah dipindahkan.
Sejak krisis pencerobohan, lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130311/dn_60/Kg-Tanduo-kini-bersih-keselamatan-Lahad-Datu-Semporna-kembali-normal#ixzz2NF1f4400
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tanya Sama Pokok
ARKIB : 10/03/2013
Share on linkedinShare on facebookShare on twitterShare
on emailMore Sharing Services
MARANG 9 Mac - Lagu Tanya Sama Pokok yang diubah suai liriknya dan dinyanyikan semula oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan seolah-olah ketua pembangkang itu cuba memutarbelitkan keadaan untuk keuntungan dirinya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, justeru, beliau
khuatir dengan gelagat Anwar terutamanya selepas Ketua Umum PKR itu mengadakan
pertemuan dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur
Misuari.
"Bila dia (Anwar) berjumpa dengan Nur Misuari, dia sering berkata BN (Barisan Nasional) akan hilang... bukan kalah. Hilang Sabah... Jadi, apa yang dimaksudkannya dengan hilang?
"Apakah Sabah akan 'terlepas' dari negara kita atau cuma BN saja yang kalah? Cara dia bercakap ini memang nampak dia cuba untuk putar belit bagi mendapatkan sesuatu untuk dirinya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Amanat Negarawan Kepada Rakyat di Dewan Majlis Daerah di sini hari ini.
Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
Sementara itu, Dr. Mahathir memberitahu, beliau tidak pernah yakin dengan sebarang janji yang ditaburkan Anwar termasuk terhadap penduduk Sabah sebelum ini.
"Dia pernah berjanji dengan (rakyat) Sabah untuk menyemak segala tuntutan termasuk bagi 10 peratus (royalti) minyak kepada Sabah. Macam-macamlah. Tapi semua ini janji. Apa yang boleh dilakukannya saya tak yakinlah," katanya.
"Tapi inilah Anwar. Semasa dia ada dalam kerajaan, saya pun hairan macam mana saya boleh percaya kat dia. Dia penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu.
"Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam," ujar beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130310/po_03/Khuatir-gelagat-Anwar#ixzz2NF02Zr9c
© Utusan Melayu (M) Bhd
CUEPACS sambut baik pengumuman PM
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

PERDANA Menteri, Najib Tun Razak bergurau dengan
Omar Osman pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII)
bertemakan "Transformasi Perkhidmatan Awam, Merialisasikan Wawasan 2020" di
Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari
ini. - BERNAMA
PUTRAJAYA 11 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, berita baik tersebut sememangnya dinanti-nantikan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara dan diyakini mampu menjadikan mereka lebih produktif.
"Penjawat awam diingatkan supaya meningkatkan produktiviti dan mengikut saranan yang diberikan oleh Perdana Menteri.
"Iaitu jangan rasuah, menyalah guna kuasa dan jangan menyampaikan maklumat ke luar daripada lingkungan kita," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pengumuman berita baik Perdana Menteri untuk penjawat awam sempena MAPPA XIII.
Menurut Omar, pihaknya bersetuju dengan langkah kerajaan menyelaraskan gred gaji pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Perkhidmatan Awam Am.
Beliau berkata, langkah drastik kerajaan itu perlu untuk menghormati peranan yang dimainkan oleh anggota keselamatan selama ini.
"Selepas ini ramai yang akan menyertai tentera dan polis disebabkan langkah penyelarasan ini," katanya. - UTUSAN
Utusan Melayu (M) Bhd
Rumah pengganas akan diroboh

SALAH sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna yang tidak
diketahui siapa pemiliknya akan diroboh.
SEMPORNA - Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripada rumah yang dijadikan tempat pengganas Sulu melakukan serangan hendap hingga menyebabkan enam anggota polis maut pada 2 Mac lalu.
Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu bagaimanapun hanya akan dilakukan sebaik mendapat laporan daripada pihak polis mengenai maklumat yang mendakwa pemilik ketiga-tiga buah rumah tersebut dipercayai bersekongkol dengan pengganas.
"Saya, JKKK dan penduduk kampung telah membuat perbincangan serta bersepakat akan merobohkan tiga rumah yang menjadi lokasi pengganas bersembunyi.
"Enam buah rumah lagi yang tidak diketahui siapa penghuninya dan terletak berhampiran kawasan serangan hendap itu juga dalam rancangan untuk dirobohkan," kata Ramlee di sini semalam.
Difahamkan, sehingga semalam tiada penghuni di sembilan buah rumah tersebut dapat dihubungi oleh pihak berkuasa.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2NEvMD3vB
Hakcipta terpelihara
Pengganas semakin tertekan
![]()
PASUKAN keselamatan negara berjalan dengan penuh semangat
untuk menggempur saki-baki pengganas di Lahad Datu semalam.
|
LAHAD DATU - Terus bersembunyi kerana tiada tempat mahu lari. Begitulah keadaan pengganas Sultan Sulu yang semakin tertekan apabila pasukan keselamatan mengetatkan lagi kawalan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini yang menjadi kubu kuat mereka sebelum ini.
Dengan misi untuk memusnahkan kesemua pengganas yang semakin lemah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mendapat sokongan moral dan penambahan kekuatan sejak wilayah Sabah diceroboh pada 12 Februari lalu.
Berdasarkan semangat kerjasama tersebut, penggeledahan dan pemburuan pengganas di kedua-dua kampung yang terletak tujuh kilometer antara satu sama lain terus dipertingkatkan.
Keluasan kawasan yang dikuasai pasukan keselamatan di Lahad Datu ialah kira-kira 10 kilometer persegi. Pasukan keselamatan juga telah meletakkan 20 buah kapal di perairan Sabah dan menghantar tujuh batalion tentera.
Selain Lahad Datu, pasukan keselamatan turut menguasai kawasan Semporna, Kunak, Tawau dan Sandakan.
Bermula dengan serangan udara secara besar-besaran pada 5 Mac lalu, pasukan keselamatan terlebih dahulu menggempur kubu pengganas di Kampung Tanduo. Ekoran serangan itu, sebahagian daripada puak pengganas dipercayai melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu.
Panglima ATM, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin berkata, mengikut maklumat, saki-baki kumpulan pengganas yang dipercayai tinggal 100 orang itu sudah dikepung dan diyakini sukar melarikan diri
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2NEujUpJC
Hakcipta terpelihara
Penasihat Kiram disoal siasat
![]() |
MANILA - Satu siasatan berhubung konspirasi Sultan Jamalul Kiram III menghantar sekumpulan lelaki bersenjata ke Sabah adalah wajar dan konsisten dengan usaha-usaha untuk menamatkan keganasan, kata Istana Presiden Filipina kelmarin.
Menurut laporan akhbar dalam talian Philstar.com semalam, pihak istana membuat penjelasan tersebut sehari selepas Biro Siasatan Nasional menyaman penasihat Jamalul Kiram III, Pastor 'Boy' Saycon supaya datang untuk disoal siasat esok kerana disyaki menjadi sebahagian daripada konspirasi tersebut.
Konspirasi itu bertujuan untuk mewujudkan suasana tidak stabil apabila para pengikut Jamalul Kiram dihantar ke Sabah dan menuntut negeri Malaysia tersebut sebagai milik mereka.
Saycon merupakan Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina.
Timbalan Jurucakap Presiden Filipina, Abigail Valte menyatakan kepada stesen radio dzRB, adalah sesuatu yang penting untuk menentukan kenapa situasi di Sabah bertukar menjadi insiden ganas sehingga melibatkan kematian.
Saycon telah mengaku menjadi penasihat kepada Jamalul Kiram semasa beliau mengemukakan tuntutan Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurutnya, beliau menjadi penasihat Jamalul Kiram tentang hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan selama 12 tahun.
Sebelum ini, Saycon menafikan menghasut tentera Kesultanan Sulu pergi ke Kampung Tanduo, Lahad Datu pada bulan lalu.
Menurutnya, beliau bekerjasama dengan Kiram atas kehendaknya sendiri berhubung tuntutan Sabah.
Presiden Benigno Aquino III sebelum ini menyatakan Filipina akan memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung konspirasi pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu.
Aquino juga akan memberitahu identiti ketua konspirasi itu kepada Najib.
Presiden itu pernah menyatakan bahawa para pengikut Jamalul Kiram dijanjikan bayaran AS$600 (RM1,862) setiap orang untuk menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2NEtrt1EF
Hakcipta terpelihara
Saturday, 9 March 2013
Bagaimana Bercinta & Berkahwin Kerana Allah?
Perkongsian dari iluvislam..izinkan aku mengabadikan diruangan ini..
"Kahwin kerana Allah, bukan kerana nafsu... macamana tu, kak? Realitinya ada keadaan macam ni?" Menarik juga persoalan yang masuk ke dalam mesej pesanan ringkas saya dan saya ingin berkongsi pendapat tentangnya dengan pembaca iluvislam. Isu ini cukup menarik dibincangkan terutama sempena bulan Februari, di mana seluruh dunia menyebut tentang Hari Kasih Sayang atau Valentine yang jatuhnya pada 14 Februari. Walau apapun, Februari atau tidak, menyambut Hari Kasih Sayang atau tidak... isu cinta, kasih sayang dan perkahwinan adalah isu sejagat yang tetap segar sepanjang zaman.
Persoalan cinta, kasih sayang dan perkahwinan tanpa 'dicemari' nafsu adalah konsep ideal, indah serta menjanjikan kebahagiaan sejati yang ingin sekali dinikmati serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kekeliruan melanda fikiran ketika kita mahu mempraktik atau merealisasikannya dalam kehidupan seharian. Akal sering tersilap menilai dan mata lahir pula sering tertipu. Garis pemisah antara niat 'kerana Allah' dan 'kerana nafsu' dalam proses membuat keputusan untuk bernikah, sama ada 'cinta sebelum nikah' atau 'cinta selepas nikah' begitu kabur kerana ia adalah 'soal hati' yang sukar dijangkau akal biasa dan mata lahir.
Rumahtangga, rumah dan bilik air
Istilah 'rumahtangga' menggambarkan rumah berserta keluarga yang menghuninya. Rumah sahaja adalah bangunan fizikal yang tidak banyak maknanya tanpa manusia yang menghuninya. Keluarga tanpa rumah tempat berlindung, walaupun rumah itu kecil atau dhaif, pasti tidak lengkap dan sempurna. Rumah adalah keperluan untuk perlindungan dari hujan dan panas, tempat istirehat fizikal, fikiran dan juga perasaan.
Dalam rumah terdapat beberapa... bilik tidur, dapur, serambi, ruang tetamu, bilik bacaan, bilik air dan beberapa bahagian tambahan yang lain. Sedar atau tidak, bilik air adalah keperluan yang sangat kritikal dalam sebuah rumah. Bilik air mungkin tidak 'popular' dan bukan pilihan utama untuk dijadikan tempat berlama-lamaan, namun kehidupan manusia menjadi resah dan tidak selesa tanpa 'mengunjunginya'. Kelegaan yang dirasa selepas qadha hajat di bilik air memberi kesan kepada semua aktiviti yang digemari dalam rumah tersebut.
Antara membina rumah dan membina bina bilik air
Saya suka mengambil sebuah rumah fizikal sebagai metafora untuk menggambarkan rumahtangga yang didirikan atas niat 'kerana Allah' atau 'kerana nafsu'. Ketika membina rumah, hasrat utama adalah untuk ada tempat berlindung dari hujan dan panas, supaya keluarga dapat hidup dengan selesa. Keseluruhan bahagian rumah tersebut umpama rumahtangga yang dibina. Tanpa bilik air pasti tidak lengkap. Namun tentu suatu yang tidak kena jika rumah dibina dengan hasrat utamanya untuk membuat bilik air semata-mata dan bahagian rumah yang lain sebagai sampingan. Metafora inilah yang cuba saya gunakan untuk membezakan niat antara kahwin 'kerana Allah' dengan 'kerana nafsu'.
Jika bilik air sebagai niat utama, ini ibarat kahwin 'kerana nafsu'. Jika demikian maka pembinaan 'rumah' itu adalah semata-mata untuk buang air. Sebaliknya, jika niat utama adalah membina sebuah rumah yang lengkap dengan semua bahagian termasuk bilik air, ini ibarat niat kahwin 'kerana Allah'. Dalam keadaan niat seperti ini, buang air adalah pelengkap kepada keseluruhan fungsi utama rumah sebagai tempat perlindungan. Niat ini lebih menyeluruh dan mengambil kira banyak faktor.
Tambahan lagi, manusia tidak membina rumah bermula dengan membina bilik air, tetapi dimulakan dengan asas atau foundation yang kukuh, lantai, dinding dan bahagian-bahagian utama. Begitu juga dengan pembinaan rumahtangga – ia mesti bermula dengan asas yang cukup kukuh supaya tidak mudah runtuh. Misi dan visi pembinaan rumahtangga seharusnya diambil kira sejak dalam proses memilih pasangan.
Misi dan Visi Perkahwinan
Ikatan perkahwinan merupakan ikatan antara dua manusia berbeza jantina, maka semestinya ia mesti berlandaskan misi dan visi penciptaan manusia itu sendiri iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di mukabumi. Selaras dengan dua misi penciptaan manusia, maka misi dan visi perkahwinan adalah sebagai pembentukan keluarga sebagai 'team work' melaksanakan misi hamba dan khalifah dalam perjalanan menuju akhirat. Inilah asas yang paling kukuh dan niat yang paling murni 'kerana Allah'. Ini bermakna perkahwinan adalah suatu tanggungjawab.
Untuk memikul pertanggungjawan sebagai hamba dan khalifah, pastinya pelbagai halangan, rintangan dan beban yang terpaksa dipikul bersama. Oleh itu, sangat penting wujud rasa cinta dan kasih sayang sebagai pengikat antara suami, isteri, anak-anak dan seluruh keluarga. Cinta dan kasih sayang adalah anugerah dari Allah yang Ar Rahman dan Ar Rahim kepada hamba-hamba-Nya. Ikatan rasa cinta dan kasih sayang menyebabkan beban yang terpikul di bahu terasa ringan, kemarahan yang mungkin timbul antara pasangan dapat diredakan dengan kemaafan.
Ekpresi kasih sayang antara manusia terluah dalam banyak bentuk termasuklah hubungan seksual yang dihalalkan melalui akad ijab dan kabul. Persepsi 'nafsu' dalam kefahaman kebanyakan manusia dikaitkan dengan hubungan seksual serta isu-isu berkaitan dengannya. Dengan lafaz akad nikah, ekpresi kasih sayang dalam bentuk hubungan seksual dihalalkan, malah diiktiraf oleh Allah sebagai ibadah dan pahala kebajikan. Tanpa ijab kabul, hubungan seksual meyandang label jijik, kotor dan hina.
Kerana Allah – merujuk kepada peraturan-Nya
Niat 'kerana Allah' dalam percintaan dan perkahwinan direalisasikan dengan merujuk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t di setiap peringkat prosesnya. Keredhaan Allah sebagai asas ketika memilih pasangan untuk membentuk 'team work' rumahtangga, patuhi segala suruhan dan tinggalkan larangan termasuk dalam aspek pemenuhi tuntutan fitrah keperluan seksual.
Khalifah-khalifah dan hamba-hamba Allah yang lahir dari perkongsian hidup dalam perkahwinan tersebut adalah tanggungjawab pasangan tadi supaya generasi baru ini membesar menjadi manusia yang berfungsi menjadi pemakmur bumi, bukan perosak mukabumi.
Pencemaran dalam niat
Niat 'kerana nafsu' digambarkan oleh keadaan dimana perkahwinan adalah semata-mata untuk memenuhi tuntutan fitrah seksual. Sedar tak sedar, niat 'menghalalkan' hubungan seksual dalam ekspresi cinta dan kasih sayang secara lahiriah kelihatan begitu 'murni'. Ya, sememangnya ini tidak salah... namun jika semata-mata kerana itu, ia ibarat membina rumah bermula dengan membina bilik air sebagai asas utama. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ada juga peraturan Allah yang diambil kira.
Rumahtangga begini tidak akan kukuh, cepat runtuh, mudah goyah dan akab berkubur begitu sahaja. Persoalan tanggungjawab dengan mudah akan diketepikan. Kebahagiaannya tidak berpanjangan. Rumahtangga akan selalu bermandikan pergaduhan dan konflik. Anak-anak yang lahir dalam suasana ini ini tidak berkembang menjadi khalifah dan hamba Allah yang berfungsi untuk memakmurkan bumi, malah mungkin menjadi generasi perosak muka bumi. Kesudahannya bukan syurga di akhirat malah kesengsaraannya bermula di dunia lagi. Na'uzubillah!.
Kerana Nafsu semata – membujur lalu melintang patah
Ekpresi cinta dan kasih sayang atas dorongan nafsu semata-mata tergambar dalam kehidupan seharian ketika peraturan Allah tidak diendahkan, batas hukum syarak diketepikan, sehingga andai berlaku pertembungan antara hukum Allah dengan keinginan nafsu, hukum Allah diketepikan dan tuntutan nafsu dipenuhi. Membujur lalu, melintang patah... inilah gambaran niat semata-mata 'kerana nafsu'. Anugerah cinta dan kasih sayang dari Ar Rahman dan Ar Rahim dikhianati dengan ekspresi dalam bentuk zina.
Sifat Maha Pengampun Allah dijadikan pertaruhan dalam permainan nafsu
"Allah fahamm... kan dia yang ciptakan kita. Lagipun Allah kan Maha Pengampun..." demikian kata-kata yang lahir dari dorongan nafsu yang bertopengkan nama Allah.
Peluang taubat di eksploitasi semahu-mahunya sehingga terlupa bahawa Allah juga ada sifat Maha Menghukum. Dalam pengaruh nafsu, syurga dan neraka seolah-olah tidak wujud.
Semoga Allah melindungi kita dari pengaruh cinta nafsu semata-mata.
Destinasi akhir ekspresi cinta
Stesen terakhir cinta kerana Allah dalam ikatan rumahtangga adalah syurga yang kekal abadi di akhirat. Sebaliknya, stesen terakhir cinta kerana nafsu adalah neraka yang penuh siksaan. Allah serahkan pilihan di tangan kita yang diberi selendang sebagai khalifah muka bumi.
Allah sediakan syurga untuk manusia tinggal dan Dia ciptakan Neraka sebagai peringatan bahawa ada risiko menanti jika manusia memilih untuk tidak tunduk kepada-Nya. Pilihan yang Allah buka juga berlaku dalam soal ekpresi cinta dan kasih sayang... Semoga Allah memimpin dan memberi taufik dan hidayah untuk kita menikmati anugerah cinta dari Dia yang Ar Rahman dan Ar Rahim.
- Artikel iluvislam.com

Aku Dah Penat Berdoa!
Siapa yang tidak pernah rasa sedih? Siapa yang tidak pernah kecewa?
Rasulullah S.A.W sendiri pernah rasa kecewa dan pernah berada dalam keadaan
yang sangat sedih. Setiap orang pernah diuji dengan pelbagai dugaan berbentuk
perasaan. Sedih, resah, adakalanya gembira dan ketawa dan pastinya tidak mampu
terlepas dari perasaan kecewa juga.
Kecewa?
Satu perasaan di mana hadirnya mungkin kerana sesuatu yang diinginkan tidak dapat dimiliki seperti yang dibayangkan. Mungkin juga kecewa kerana kehendak hati tidak dapat dipenuhi.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
"Aku sudah penat berdoa, tetapi Allah tidak pernah memakbulkan doa dan permintaanku. Aku sudah penat!"
Putus asa?
Ya, jelas sekali rasa putus asa yang terzahir dari situasi di atas. Kadang-kadang sepertinya kita menyalahkan takdir pula. Sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. Kerana hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya. Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, dan banyak pula perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.
Sebagaimana penegasan Allah dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran:
Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? Kecewa itu fitrah perasaan. Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?
Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini tidak semuanya kita minta daripada Allah.
Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.
Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?
Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. Jangan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!
Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan keyakinan hati kita dalam mengimani qada' dan qadar Allah.
Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak
Mengetahui." (Surah al-Baqarah:ayat 216)
Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? Kecewa itu fitrah perasaan. Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?
Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini tidak semuanya kita minta daripada Allah.
Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.
Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?
Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. Jangan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!
Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan keyakinan hati kita dalam mengimani qada' dan qadar Allah.
Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu
bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika
kamu orang-orang yang
beriman." (Surah Ali Imran:
ayat 139)
Saat Paling Bahagia Bagi Suami
Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia dalam
hidup abang?"
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."
Si isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"
Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di syurga.."
Rasulullah s.a.w pernah berdoa :
"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim, ayat ke-6)
"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

Pierre Andre rancang kahwin bulan Jun

6 Mac – Kurang dari sebulan selepas berita
pertunangannya bersama Siti Nurhidayah Hashim pada 9 Februari lalu, kini Pierre
Andre memberitahu bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujangnya menjelang bulan
Jun ini.
Demi mengelakkan fitnah, pelakon dan pengarah ini ingin berkahwin secepat
mungkin. Beliau sudah pun membuat persiapan perkahwinan yang mana majlis akad
nikah dijangka akan berlangsung pada bulan Jun, diikuti dengan majlis resepsi
yang dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri. "Kalau boleh, saya hendak bernikah dengannya (Hidayah) secepat mungkin. Bukan apa, tetapi semenjak saya sudah berhijrah, saya rasa saya perlu bernikah dengannya supaya orang lain tidak bercakap tentang kami," kata Pierre ketika ditemui di majlis pratonton filem arahannya, "Cerita Kita" yang bertempat di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.
"Kalau hubungan kami tak ada ikatan, orang mudah menilai kami."
Berbalik kepada soal pertunangannya, pengarah filem "Aku, Kau dan Dia" itu menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk merahsiakan pertunangan tersebut dari pihak media.
"Saya tak ada niat pun nak sorok benda ini dari media. Cuma memang asalnya kami nak buat antara keluarga sahaja. Tapi sekarang tahulah dengan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas."
"Lagipun, dalam perkahwinan itu, nikah yang penting. Saya akan jemput dan uar-uarkan tarikh pernikahan saya nanti kepada pihak media. Saya faham yang selebriti seperti saya memerlukan pihak media khususnya dalam memberitahu peminat dan orang di luar sana bahawa saya sudah berkahwin."
Seorang lagi dakwa dirinya Sultan Sulu
MANILA, Filipina - Seorang lagi Sultan Sulu tampil dengan beberapa wakilnya menyatakan bahawa beliau merupakan pewaris takhta Kesultanan Sulu yang sebenar.
Beberapa wakil Datuk Abinasser Sultan Badaruddin D. Mohammad Bataraza kelmarin mendakwa beliau ialah Sultan Sulu sebenar kerana berasal daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu, Jamalul Alam.
Menurut dokumen yang ditunjukkan kepada laman berita Inquirer, wakil-wakil Badaruddin cuba menyakinkan Presiden Filipina, Benigno Aquino III supaya mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sejak 25 Julai 2012.
Pada 24 Oktober 2012, mereka turut menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon untuk meminta bantuannya bagi tujuan yang sama.
Seorang bekas koresponden Inquirer yang menjadi jurucakap lelaki berusia 74 tahun itu Arturo Sampana berkata, Badaruddin ialah anak keempat daripada lima orang anak Puteri Aishah Almarhum dan Datuk Mohammad Bataraza.
Ibunya, Aishah merupakan anak perempuan Puteri Sharifah Zainab atau Puteri Indok iaitu isteri Sultan Sulu, Badaruddin II yang memerintah dari 1881 hingga 1884.
Katanya, Badaruddin II ialah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila beliau meninggal dunia dipercayai akibat diracun, keluarganya termasuk Aishah keluar dari istana untuk menyembunyikan diri.
Jamalul Kiram II yang ibunya merupakan isteri kedua Sultan Jamalul Alam pula menggantikan Badaruddin II sebagai pemerintah Sulu seterusnya.
Sampana memberitahu, Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu berasal daripada keturunan isteri kedua Jamalul Alam.
"Menurut adat keluarga diraja Sulu, hak sebagai pewaris takhta terlebih dalu diberikan kepada keturunan isteri pertama sultan yang memerintah," kata Sampana.
Pada 12 Februari lalu, adik Kiram III, Raja Muda Azzimudie Kiram membawa sejumlah pengikut bersenjata memasuki Sabah untuk menuntut negeri di Malaysia Timur itu sebagai milik Kesultanan Sulu. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2N6NfqYCY
Hakcipta terpelihara
Jamalul Kiram III rela dipenjara
![]()
LELAKI yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III
bercakap kepada media di bandar Taguig, timur Manila pada 1 Mac lalu.
|
MANILA, Filipina - Lelaki yang mendakwa dirinya pewaris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan, dia bersedia untuk dipenjarakan, menurut sebuah akhbar dalam talian semalam.
Kenyataan itu dibuat Kiram III semasa dia melahirkan kesediaan untuk hadir di pejabat Biro Siasatan Nasional (NBI) di sini selepas mendapat perintah berbuat demikian.
"Sebenarnya, saya telah menunggu untuk perintah ini ke atas saya. Jika mereka (pihak berkuasa) mahu saya masuk penjara, teruskan," kata Kiram III.
"Saya sedia menjalani hukuman penjara," tambahnya.
Menurutnya, dia bersedia untuk masuk penjara kerana mahu membuktikan bahawa tuntutan ke atas Sabah dibuat bukan kerana wang.
Warga emas berusia 74 tahun yang menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu itu sebaliknya berkata, dia menuntut hak daripada aspek sejarah dan moral untuk mengetuai pengikut-pengikutnya kembali ke tanah air mereka.
"Tiada wang menjadi taruhan dalam isu ini. Apa yang penting ialah maruah dan kehormatan kami. Impian saya adalah untuk meninggalkan legasi untuk tanah air kami," jelas Kiram III.
"Kita akan menunjukkan kepada dunia bahawa kita memiliki bukti dan hak untuk tinggal di sana (Sabah)," tambahnya.
Malah, pemimpin tersebut percaya Sabah adalah sebahagian daripada tanah pusaka mereka selepas menerima kawasan di Borneo Utara itu sebagai tanda terima kasih kerana membantu Kesultanan Brunei menewaskan satu pemberontakan pada 1704.
Kelmarin, jurucakap Kiram III, Abraham Idrijani mengumumkan bahawa NBI memerintahkan pemimpin itu supaya hadir di pejabat agensi tersebut lusa. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2N6MmEG5l
Pekerja mengamuk tuntut gaji minimum
Adakah ini Malaysia yang kita cintai???? mampukah eamanan dan keharmonian kita kekalkan???

SEBAHAGIAN daripada 150 pekerja asing yang terlibat dalam
mogok
di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar, Johor.
di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar, Johor.
MUAR - Kesabaran 150 pekerja warga asing di sebuah kilang di Parit Jamil dekat sini yang melancarkan mogok sejak kelmarin bagi menuntut kenaikan gaji minimum RM900 sampai ke penghujungnya apabila mereka bertindak memukul seorang pengurus pengeluaran dan tiga penyelia kilang semalam.
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mereka ditumbuk dan disepak oleh 20 pekerja.
Seorang pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 33, mendakwa, kumpulan pekerja asing terbabit secara tiba-tiba memasuki pejabat kilang sebelum menarik keluar ketiga-tiga mangsa.
"Pada mulanya mereka hanya menarik pengurus dan ia disedari tiga penyelia kilang yang cuba membantu tetapi dihalang kumpulan pekerja terbabit.
"Keadaan menjadi tidak terkawal apabila sebahagian daripada mereka yang berada di luar pejabat membaling batu menyebabkan banyak tingkap pecah.
"Pihak pengurusan cuba memujuk mereka supaya berhenti daripada terus mengasari pengurus tetapi tidak berjaya malah suasana menjadi semakin tegang," katanya ketika ditemui.
Difahamkan, 700 pekerja tersebut sudah melancarkan mogok sejak kelmarin tetapi pihak majikan enggan melayan tuntutan mereka.
![]()
MANGSA yang merupakan
pengurus pengeluaran menunjukkan kesan lebam akibat dipukul pekerja asing di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar semalam. |
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pekerja apabila kilang berkenaan menangguhkan pelaksanaan penetapan gaji minimum yang sepatutnya bermula Januari lalu.
Dakwa Ahmad, ekoran kejadian itu, pihak pengurusan menghubungi polis dan pekerja asing terbabit bersurai selepas diarahkan polis.
Ahmad mendakwa, pengurus dan penyelia kilang berusia lingkungan 30-an yang mengalami kecederaan di badan dan lebam di muka sudah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini selain turut membuat laporan polis.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan ulasan pihak pengurusan kilang gagal atas alasan mahu menyelesaikan masalah itu secara dalaman.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menahan mereka yang terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2N6LVsXAK
Awie-Erra tiada sembilu
![]()
TIADA sembilu antara mereka, pastinya selepas ini banyak mata
yang mahu melihat kolaborasi serasi dan hebat dua bintang ini.
|
MENGURAI simpulan emosi yang berbaki dalam hati Awie dan Erra Fazira merupakan satu misi yang menggetarkan mata pena. Ibarat menyelak buku lama, terkasar sedikit pasti helaian usang terkoyak. Bersarang juga kebimbangan, mampukah akal menguasai pertimbangan perasaan.
Itu sekadar bayangan awal. Tatkala mendekati pasangan dua sejoli yang telah lama bercerai kasih itu, segala tanggapan yang liar tadi meleset tanpa sipi.
Apa yang terlihat jelas, ada bunga-bunga kemesraan berkuntum daripada patah bicara mereka.
"Siapa yang menyebabkan awak terjebak dengan dunia permotoran ini," tebak Awie dalam satu temu ramah bersama wanita yang digelar primadona filem Melayu itu.
Jawab Erra: "Ala, saya ada ramai kawan lelaki lagi pun bekas saya dahulu pun (bekas teman lelaki), mat motor"
Segmen dalam program Tunggu Sekejap kendalian Awie yang mengundang Erra sebagai salah seorang tetamu di studio itu memecahkan hilai semua penonton. Situasi itu cukup sebagai pengenalan kepada penyatuan semula 'AwieErra' dalam satu dimensi yang cukup manis. Bukan itu sahaja, mereka juga melakonkan semula sebuah adegan romantik yang dipetik daripada filem Sembilu.
"Mula-mula hendak melangkah masuk menjadi tetamu Awie, perasaan gemuruh dan berdebar itu memang terasa. Saya terfikir anggapan orang luar terhadap kami. Anggapan itu sebenarnya yang merosakkan keadaan. Sebelum ini, saya dan Awie sendiri pernah bekerjasama dalam filem Cuci. Akhirnya, ini satu kolaborasi yang menyeronokkan," lentur Erra sekali gus melerai sedikit gusar pada temuramah yang eksklusif itu.
Selepas Cuci ditayangkan pada tahun 2008, inilah buat pertama kali dalam lima tahun kebelakangan ini, pasangan yang pernah memutuskan pertunangan pada hujung tahun 1998 itu diganding semula dalam sebuah program hiburan.
"Tipulah kalau tiada perasaan gementar. Penonton yang datang juga beri impak yang berlainan sehingga mendatangkan rasa kurang selesa. Tapi bila sudah lebih 30 minit rakaman, barulah okey. Apa yang dijangkakan oleh penonton? Lain jadinya. Kami hanya bekerja dan harus bertindak secara profesional," Awie pula melenturkan perasaannya.
Vokalis grup Wings itu menjelaskan, ura-ura untuk membawa masuk Erra bertamu ke ruang kerjanya sudah lama dibincangkan pihak produksi.
"Hal ini tidak menjadi satu masalah buat saya, seperti kata Erra, kami memang sudah pernah bekerjasama dalam Cuci. Orang luar sahaja merasa pelik bagaimana kami boleh bekerjasama. Sedangkan tidak pelik pun," sambung hero filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Moon dan Jin Pakai Toncit itu selamba.

BUAT Erra, ini merupakan titik mula sebagai pemberitahuan
kepada khalayak bahawa dia dan Awie tidak berseteru.
Erra, Awie saling memuji
Sudah adat menjadi anak seni yang berkongsi gelanggang, bersilat ke kiri atau ke kanan, mereka pasti mendengar sorak yang sama. Mata penonton juga sering mahu melihat apa yang sudah lama mereka tidak saksikan.
Mencari simpulan kepada kisah cinta tak kesampaian antara hero dan heroin bernama Erra dan Awie, terserlah sebuah pernyataan yang selama ini jarang ditanya.
Di sebalik takdir yang tidak mengizinkan mereka bersatu, rupa-rupanya tidak memutuskan Erra dan Awie untuk saling mengagumi antara satu sama lain.
"Selepas filem Sembilu, Erra buat Janji Diana dan macam-macam lagi. Jika tidak tonton pun, saya boleh tahu daripada surat khabar. Sejujurnya, saya bangga dengan kesinambungan kariernya yang tidak putus-putus.
"Saya juga mengembangkan karier dan syukurlah kami masih diberi peluang. Bagi saya, apa yang berlalu biarlah berlalu. Kita tutup buku lama dan buka buku baharu. Ini terbaik untuk kami. Masing-masing sudah berkeluarga, ada karier dan kehidupan sendiri. Benda sudah baik dan tak perlu lagi hendak keruhkan keadaan. Jika ada lagi peluang untuk bekerjasama, saya okey," jelas Awie yang harus membayar 'hutang' atas penglibatan Erra ke dalam programnya kali ini.
"Haruslah, kalau dia tak mahu terima undangan saya ke Primadona, kira kami bermusuh semula," sampuk Erra secara berseloroh.
Tambah Awie: "Saya kagum dengan keseriusan dan kejujuran dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan Erra selama ini sehingga dia berjaya dapat pengiktirafan sebagai pelakon terbaik."
Tunduk sambil pandangannya dilabuhkan ke lantai tanpa menunjukkan reaksi bagaimana yang harus diberikan atas pujian Awie, Erra kemudian diminta mengulas topik yang sama.
"Satu perkara yang tidak berubah tentang Awie, dia tetap rockstar dari dahulu sampai sekarang. Dahulu dia penyanyi dan pelakon tapi sekarang lakonannya sudah pelbagai. Dahulu kalau bukan filem romantik, mesti filem aksi tapi sekarang dia sudah boleh buat komedi dan jadi lebih versatil. Sekarang, kehidupan dan kekeluargaannya berjalan seiring. Sebagai kenalan lama Awie, saya bangga dengannya," ungkap Erra sarat kejujuran dan melihat Awie tidak luput ditelan zaman.
Kenangan Awie dan Erra sebagai hero dan heroin filem Melayu masih terpahat kemas di hati ramai. Tidak mustahil, jika ada peluang dan ketentuan dipertemukan semula secara profesional, mereka tidak menolak.
Ujar Erra tentang kemungkinan kolaborasi ini terjalin, primadona anak satu itu menjawab: "Ini merupakan titik mula untuk memberitahu khalayak bahawa kami tidak ada masalah."
Tambah Awie: "Ya, selama ini pandangan orang ramai yang membuatkan kami susah dekat. Benda sudah lepas, jangan jadikan tembok untuk tidak bertegur sapa. Perkara yang lepas itu, lepaslah."
Tidak mustahil peminat akan melihat kerjasama lebih hebat membabitkan dua nama besar ini dalam naskhah tempatan. Apa yang pasti, banyak mata yang mahu melihat kerana keserasian mereka sebagai anak seni tidak pernah ditolak zaman dan rasa.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2N6J9ZGhs
Thursday, 7 March 2013
Kronologi pencerobohan di Lahad Datu
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Berikut adalah kronologi selepas
hari ketiga Op Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad
Datu, Sabah:
5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet
pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo,
Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan
tentera dan polis di sekitar kampung itu.
5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan
mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan
negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan
pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang
akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada
musuh di kawasan itu.
6 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh mula menyamar
dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan
pasukan keselamatan.
6 Mac (4 petang) - Hari kedua Op Daulat: Menteri
Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota
kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di
kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.
6 Mac - Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan
diedar kepada media, antaranya mayat pengganas di dalam sebuah lubang.
6 Mac - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim
mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak terlibat dalam
konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia
di timur Sabah.
6 Mac (6 petang) - Berlaku tembak menembak antara anggota keselamatan dan
kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada kira
4.15 petang semasa operasi susulan dan penggeledahan.
7 Mac (7 pagi) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan
keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang bekalan
makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh.
7 Mac - Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat kaum
Suluk di Tawau; turut menyatakan kerajaaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik
itu berikutan insiden pencerobohan tersebut.
7 Mac (15.50 petang) Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di Felda
Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang
merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
- Najib berkata penceroboh Filipina di Sabah perlu letak senjata tanpa syarat
sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan.
- Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk
ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah.
- Najib berkata Op Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di Sabah
meletakkan senjata tanpa syarat.
- Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan
iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari
Malaysia selama-lamanya.
7 Mac (5.30 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang
musuh terbunuh dalam Op Daulat di Tanjung Batu semalam manakala 31 lagi,
termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini.
7 Mac - Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 penceroboh maut sejak insiden
pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.
Cinta Maya Karin-Remy Ishak bertaut kembali

DULU mereka pernah digosipkan bercinta. Namun baik aktres jelita Maya Karin mahupun aktor tampan Remy Ishak tidak mahu mengesahkan status hubungan mereka. Apa yang pasti mereka semakin intim. Spekulasi timbul kembali apabila mereka mengambil peluang bercuti di Sabah bersama-sama baru-baru ini. "Setakat ini, apa yang boleh saya katakan, saya dan Maya hanya sekadar kawan rapat. Hubungan kami memang semakin intim. Malah, dia satu-satunya teman wanita yang paling rapat dengan saya sekarang ini. "Bagaimanapun pada masa akan datang, saya tak pasti bagaimana status hubungan kami," ujar Remy Ishak yang ditemui baru-baru dalam majlis prebiu drama 'Cinta Jangan Pergi' saat ditanya tentang hubungan baiknya dengan Maya. Ditanya apa sahaja sikap Maya yang selalu membuat dia gembira bersama aktres tersebut, Remy memberitahu Maya seorang wanita yang menyenangkan dan bijak.
Memang hubungan baik Remy dan Maya bukan baru terjalin. Keakraban mereka telah lama dihidu, namun mereka masih berpegang atas tali persahabatan sahaja. Bagaimanapun selepas Remy putus cinta dengan Tiz Zaqyah, hubungan dia dan Maya dilihat khalayak seperti kembali terjalin dengan lebih akrab. Buktinya, baru-baru ini, Remy dan Maya telah menghabiskan masa bersama dengan pergi bercuti ke sebuah kawasan pedalaman di Sabah, Imbak Canyon. Gambar percutian mereka dikongsi oleh Remy dan Maya sendiri melalui akuan Instagram masing-masing. Mengulas tentang percutian mereka, Remy memberitahu, Maya yang telah mengajaknya bercuti ke sana dan dia menerima pelawaan tersebut dengan hati terbuka. Sementelah pemergian mereka turut disertai oleh wakil daripada Yayasan Sabah. Katanya: "Kami ke sana selama empat hari. Saya bersetuju menyertai Maya sebab ia bukan sekadar percutian biasa, sebaliknya kami pergi ke sana bersama Yayasan Sabah untuk mengkaji ekologi dan haiwan di hutan simpan tersebut. Ia sebuah pengalaman yang mengujakan bagi saya kerana ia pertama kali buat saya." Sementara itu saat ditanya tentang hubungannya dengan bekas kekasih Tiz Zaqyah yang menjadi lawan mainnya dalam drama 'Cinta Jangan Pergi', Remy mendoakan agar pelakon tersebut berbahagia dengan kekasih barunya, yang dikenali sebagai Daniel. Malah dia mengaku sedikit sebak sewaktu berlakon dengan Tiz untuk drama 26 episod arahan Kabir Bhatia itu memandangkan mereka pernah menjadi pasangan kekasih. "Pada masa akan datang, saya tidak ada masalah untuk berlakon dengan Tiz, cuma untuk cerita 'Cinta Jangan Pergi', saya mengaku memang sebak bila mengenangkan hubungan kami yang tidak panjang," katanya.
Wednesday, 6 March 2013
Lagi polis mati ditembak
ARKIB : 03/03/2013
Oleh MOHD. ASRON
MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Pasukan Tentera Darat Malaysia dikerahkan ke
Kampung Simunul, Semporna, Sabah yang diserang oleh penceroboh malam
tadi.
Keadaan terkini pada malam ini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah.
Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.
Dalam serangan pertama pada pukul 7.30 malam dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan berdekatan Balai Polis Kampung Simunul diserang secara hendap menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.
Tembak menembak di tiga lokasi
Lahad Datu: Tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas
berlaku di tiga lokasi di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, petang semalam,
ketika pasukan keselamatan meneruskan operasi susulan dan penggeledahan Op
Daulat.
Pasukan keselamatan negara mula membuat pemeriksaan di perkampungan itu pada
jam 3 petang bagi menjejak musuh. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
berkata, kira-kira 4.15 petang, berlaku tembak menembak di tiga lokasi kampung
itu dan pihaknya percaya ada musuh yang gugur.
“Tetapi waktu ini saya tidak dapat sahkan jumlah musuh yang terkena tembakan,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain pada jam 6 petang semalam.
Menurut beliau, tiada anggota keselamatan yang cedera atau terbunuh dalam
kejadian itu dan tiada yang dijadikan tawanan pihak musuh.
Katanya, operasi menggeledah dan mencari akan diteruskan sehingga saki-baki pengganas ditemui.
Kelmarin, pasukan keselamatan melancarkan serangan besar-besaran menggunakan jet pejuang F/A-18D dan Hawk sebelum memulakan gerakan susulan dan penggeledahan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi Kampung Tandou bagi memburu anggota kumpulan pengganas itu.
“Tetapi waktu ini saya tidak dapat sahkan jumlah musuh yang terkena tembakan,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain pada jam 6 petang semalam.
Katanya, operasi menggeledah dan mencari akan diteruskan sehingga saki-baki pengganas ditemui.
Kelmarin, pasukan keselamatan melancarkan serangan besar-besaran menggunakan jet pejuang F/A-18D dan Hawk sebelum memulakan gerakan susulan dan penggeledahan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi Kampung Tandou bagi memburu anggota kumpulan pengganas itu.
Tidak biarkan bumi kita digugat

Najib Tun Razak kelihatan sebak ketika menyentuh
insiden pencerobohan di Sabah yang mengorbankan lapan anggota keselamatan semasa
berucap dalam Majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra
Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 5 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikrar bahawa beliau tidak sesekali akan membiarkan seinci pun bumi Malaysia digugat atau dinodai oleh sesiapa.
Perdana Menteri menegaskan, sebagai ketua kerajaan, beliau perlu memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terjamin dan atas faktor itu, satu operasi besar-besaran oleh pasukan keselamatan telah digerakkan bagi menumpaskan kumpulan penceroboh Sulu di Lahad Datu, pagi ini.
Katanya, memang pada mulanya niat kerajaan ketika isu pencerobohan itu mula timbul tidak lain tidak bukan untuk tidak membenarkan setitik darah pun tertumpah di bumi Sabah sama ada di pihak Malaysia mahupun kumpulan penceroboh.
''Namun saya merasa amat dukacita bahawa niat yang baik dan murni ini telah dibalas dengan tindakan menembak dan membunuh dengan cara sangat kejam yang dilakukan terhadap pasukan polis kita.
''Oleh itu, sebagai ketua kerajaan saya mengambil keputusan bahawa masa untuk kita memberikan apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita perlu bertindak dengan segala kekuatan yang ada,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 16,000 hadirin ketika merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zainal Abidin Jaffar.
Najib dalam pada itu berkata, operasi besar-besaran tersebut telah dimulakan dengan serangan udara oleh pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira pukul 10 pagi.
''Pada saat saya sedang berucap ini pasukan tentera darat dan anggota polis dalam kereta perisai dengan anggota-anggota yang mengikuti di belakangnya sedang melakukan tindakan untuk memberkas dan menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,'' ujarnya
Menyentuh isu sama Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur bahawa rakyat Malaysia pada umumnya menyokong penuh pendirian dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menyelar seorang pemimpin pembangkang yang tergamak menuduh pencerobohan tersebut sebagai sandiwara UMNO.
''Paling sedih dan menyayat hati apabila saya terpaksa pergi ke lapangan terbang untuk menerima jenazah-jenazah wira-wira negara dan saya cukup sedih apabila berdepan dengan balu-balu dan anak-anak mereka.
''Ada anak lima ke enam tahun tidak tahu apa-apa. Mereka beritahu saya bapa kena bom. Inilah kisah-kisah yang menyedihkan saya tetapi ada juga orang yang tergamak menuduh ini adalah satu sandiwara kerajaan. Saya tidak tahu apa yang hendak saya kata kepada manusia seperti ini,'' ujarnya dengan penuh sebak.
Beliau berkata, pemimpin tersebut langsung tidak ada hati perut dan sebab itu dia sanggup mengeluarkan kata-kata keji.
''Atas sebab ini jugalah rakyat perlu menolak orang seperti ini,'' katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130306/dn_04/Tidak-biarkan-bumi-kita-digugat#ixzz2Mli5Egct
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dua anggota keselamatan terkorban, 12 penceroboh maut
LAHAD DATU 1 Mac - Dua anggota keselamatan negara maut, dua cedera parah manakala 12 anggota penceroboh yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu terbunuh dalam pertempuran kira-kira pukul 10 pagi di Kampung Tanduo di sini hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pasukan penceroboh itu yang terlebih dahulu memulakan tembakan setelah terserempak dengan pasukan keselamatan negara yang memasuki kawasan itu bagi memperketatkan kepungan.
Tegas beliau, apabila penceroboh melepaskan tembakan, pasukan keselamatan negara terpaksa membalas baik untuk mempertahankan diri.
"Pertempuran itu mengambil masa kira-kira antara 20 dan 30 minit itu menyebabkan tiga daripada anggota keselamatan negara meninggal dunia.
"Kita berjaya mengeluarkan kesemua anggota kita yang terkena tembakan sementara 12 ahli kumpulan penceroboh itu masih berada di kawasan kampung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Hamza, dalam pertempuran itu, pasukan keselamatan telah merampas pelbagai senjata dan barangan milik kumpulan terbabit, antaranya masing-masing dua laras M16, dua laras rifle semi-auto, dua pucuk pistol, peluru pelancar roket, megazzin peluru dan beg pakaian.
Tegas beliau, pertempuran yang berlaku itu bukan bermakna operasi telah berakhir, namun pihaknya telah mempersiapkan pasukan sehingga kumpulan itu berundur atau menyerah kalah.
"Keadaan masih terkawal, kepungan masih diteruskan. Kita yakin kumpulan itu dalam keadaan genting kerana kita telah menguasai kawasan-kawasan utama sementara kumpulan itu hanya berada dalam kedudukan kecil.
"Kita tidak mempunyai pilihan lain kerana kita telah memberi peluang kepada mereka untuk menyerah diri, tetapi mereka tetap berkeras," katanya. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130301/dn_33/Dua-anggota-keselamatan-terkorban-12-penceroboh-maut#ixzz2MlhLT3FP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, 3 March 2013
Pengganas Sultan Sulu diberi kata dua
![]() NAJIB (tengah) memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Zulkifli (keranda kiri) dan Sabarudin di Pangkalan TUDM, Subang semalam. |
Perdana Menteri berkata, masa untuk mempertimbangkan sebarang permintaan kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina itu sudah berakhir.
"Kerajaan Malaysia amat bertegas dalam hal ini, kerana jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu amat serius," katanya selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis Komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang dekat sini semalam.
Dua anggota komando polis, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu kelmarin.
Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.
Pesawat Charlie C130 TUDM yang membawa jenazah kedua-dua wira negara tiba dari Tawau pada pukul 12.30 tengah hari dengan disambut perasaan sayu dan hiba oleh anggota keluarga serta mereka yang hadir.
Turut berangkat menziarahi jenazah wira negara itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah yang berkenan meluangkan masa bersama keluarga Zulkifli dan Sabarudin serta menyampaikan sumbangan peribadi baginda.
Dalam pada itu, menurut Najib, beliau telah menghubungi Presiden Filipina, Benigno Aquino III dan memaklumkan pendirian kerajaan berhubung perkara tersebut.
"Kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.
"Mereka hanya ada dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan," katanya.
Najib bagaimanapun enggan mengulas mengenai tempoh yang akan diberikan kepada kumpulan penceroboh itu untuk menyerah diri.
Sementara itu, menurut Najib, kumpulan penceroboh telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota VAT 69.
Ujarnya, perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata.
Najib memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerak-geri anggota polis tersebut dan melepaskan tembakan.
"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap dan ia adalah satu taktik pengecut," katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2MU0PNq00
Hakcipta terpelihara
Saturday, 2 March 2013
Bahagia sekali derita berkali-kali
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Perkahwinan yang mendapat restu ibu bapa pastinya
lebih manis dan diberkati. - Gambar hiasan
Atas alasan cinta itu buta, pasangan yang asyik berkasih-sayang sanggup melakukan apa saja asal dapat hidup bersama.
Kesan perkahwinan tanpa restu sebenarnya lebih dirasai ibu bapa yang sudah pasti tercalar hati dan perasaan dek tindakan si anak yang sejak lahir ditatang bagai minyak yang penuh.
Namun, ini bukannya bermakna menidakkan hak anak dalam memilih pasangan, cuma mencari jalan terbaik menangani dilema ini agar tidak ada yang menang jadi abu kalah jadi arang.
Menurut Suzana, pelbagai implikasi wujud akibat perkahwinan tanpa restu sekali gus menjejaskan kualiti pembangunan keluarga dan seterusnya masyarakat.
Friday, 1 March 2013
7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya
Posted by Mohd Islam on 21/07/12 ![]() |
|
![]() |
Sabda Rasulullah s.a.w :
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...
1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang
buruk.
4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan
datang.
5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak
berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat
kematian.
7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam
sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan
orang-orang yang terpilih olah Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)