Saturday, 9 March 2013

Pierre Andre rancang kahwin bulan Jun

Pierre Andre rancang kahwin bulan Jun
 
6 Mac – Kurang dari sebulan selepas berita pertunangannya bersama Siti Nurhidayah Hashim pada 9 Februari lalu, kini Pierre Andre memberitahu bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujangnya menjelang bulan Jun ini.
Demi mengelakkan fitnah, pelakon dan pengarah ini ingin berkahwin secepat mungkin. Beliau sudah pun membuat persiapan perkahwinan yang mana majlis akad nikah dijangka akan berlangsung pada bulan Jun, diikuti dengan majlis resepsi yang dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Kalau boleh, saya hendak bernikah dengannya (Hidayah) secepat mungkin. Bukan apa, tetapi semenjak saya sudah berhijrah, saya rasa saya perlu bernikah dengannya supaya orang lain tidak bercakap tentang kami," kata Pierre ketika ditemui di majlis pratonton filem arahannya, "Cerita Kita" yang bertempat di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.

"Kalau hubungan kami tak ada ikatan, orang mudah menilai kami."
Berbalik kepada soal pertunangannya, pengarah filem "Aku, Kau dan Dia" itu menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk merahsiakan pertunangan tersebut dari pihak media.
"Saya tak ada niat pun nak sorok benda ini dari media. Cuma memang asalnya kami nak buat antara keluarga sahaja. Tapi sekarang tahulah dengan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas."
"Lagipun, dalam perkahwinan itu, nikah yang penting. Saya akan jemput dan uar-uarkan tarikh pernikahan saya nanti kepada pihak media. Saya faham yang selebriti seperti saya memerlukan pihak media khususnya dalam memberitahu peminat dan orang di luar sana bahawa saya sudah berkahwin."

No comments:

Post a Comment