Saturday, 26 October 2013

FBI letak jawatan sebagai penyampai radio Hot FM

WARTAWAN SINAR HARIAN
  • Faizal Ismail Faizal Ismail - Foto Ihsan Facebook Faizal Ismail
 1 / 1 
SHAH ALAM - Mohd Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM.

Perkara ini disahkan di laman mikro Facebooknya.

"Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam.

"Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya kata notis berkuatkasa hari ini 24 Oktober, bukan 24 jam. Apapun, semuanya benar dan bukan status hangit seperti anggapan sesetengah anda. Terima kasih," memetik katanya di Facebook.

Sementera itu menurut laporan portal hiburan Gua.com, ekoran tindakan FBI yang mengatakan bahawa beliau telah meletak jawatan, ramai yang tertanya apakah benar dia telah berhenti dari Hot FM?

Menurut laporan tersebut juga, ekoran daripada perkhabaran tersebut pihak  pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah menghantar satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan mengesahkan tentang peletakan jawatan FBI.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Bagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."

Saraf suara bengkak, FaFau diarah berehat

WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Oktober 2013
  • Fara FauzanaFara Fauzana
 1 / 1 
PETALING JAYA - Pengacara Nona yang juga penyampai radio Media Prima Berhad Fara Fauzana diarahkan untuk bercuti daripada bertugas sebagai deejay selepas mengalami masalah suara sejak awal Oktober ini.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia mengalami masalah yang dikenali sebagai gangguan ‘saraf vokal’ membuatkan suaranya menjadi serak dan kasar.

“Masalah ini sudah lama berlaku dan ia semakin serius sejak kebelakangan ini. Ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihati saya untuk bercuti selain kurangkan bercakap agar masalah berkenaan tidak bertambah serius,” katanya dipetik mStar Online.

Fara memberitahu, dia mendapat cuti sakit dari 9 sehingga 23 Oktober dan seterusnya menyambung cuti tahunan sehingga Ahad ini.

Jelas Fara, pakar perubatan yang ditemuinya memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian kerongkongnya sehingga kadangkala sukar untuk dia ‘mengeluarkan’ suara ketika berkomunikasi.

Kata Fara yang juga dikenali dengan panggilan FaFau, selain bergelar deejay dan juga pengacara, dia banyak melakukan aktiviti menggunakan suaranya selepas waktu bekerja seperti melakukan rakaman ‘Panggilan Hangit’ dan juga juru acara majlis-majlis tertentu.

“Doktor kata penggunaan suara saya melebihi waktu kerja menyebabkan saya mengalami masalah saraf vokal ini tetapi ia tidak begitu serius sebaliknya saya perlu melakukan terapi dalam tempoh yang ditetapkan.

“Yalah... selama ni kalau saya bercuti kerja di Hot FM, saya bekerja pula di TV. Jadi, saya banyak menggunakan suara,” katanya.

Selain kurangkan bercakap Fara juga mengelak mengambil minuman bergas serta makanan-makanan pedas agar penyakit berkenaan tidak terus berpanjangan.
ARTIKEL BERKAITAN

Wednesday, 23 October 2013

Tinta Shila Hamzah: Tempuh banyak dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia Tinta Shila Amzah. Shila harapkan semua pembaca berada dalam keadaan ceria dan sihat sejahtera.
Banyak dugaan datang menimpa Shila sejak akhir-akhir ini, tapi Shila yakin boleh tempuh semua ini dengan adanya sokongan daripada semua.
Alhamdulillah, Showcase Shila pada 10 Oktober lalu berjaya menarik hati peminat dan rakan-rakan media yang hadir.

Tambahan pula, Showcase Shila dihadiri rakan-rakan artis yang sudi memberikan sokongan kepada Shila antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Johan As’ari, Nazim Othman, Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Datuk DJ Dave dan ramai lagi.
Foto

Banyak dugaan melanda di hari-hari terakhir membuat persiapan showcase berkenaan, tambahan pula Shila Amzah Entertainment Berhad tidak mempunyai banyak pekerja untuk saat ini.

Ia adalah acara pertama yang dikendalikan kami sendiri. Justeru, pada awalnya perancangan kami agak terganggu. Namun Shila berasa cukup bersyukur SAcrew (antara Shilalas yang rapat dengan Shila) sudi membantu untuk memastikan perancangan kami berjalan dengan lancar. Terima kasih pada semua.

Selain itu, disebabkan faktor tertentu, senarai peminat yang hadir, senarai jemputan khas VIP, artis dan sudah tentu senarai rakan-rakan media bertambah pada setiap hari.

Untuk memastikan kejayaan showcase ini, kami terpaksa mengubah tempat ke Penthouse @ The Icon di Jalan Tun Razak bersebelahan dengan Hotel Micasa.

Pada awalnya, tetamu hadir lewat dari waktu yang dijangkakan kerana hujan dan kesesakan lalu lintas. Namun masuk jam 3 petang, ruang tempat duduk tetamu berjaya dipenuhkan.

Alhamdulillah, selepas tiga hari membuat latihan untuk showcase, akhirnya ia berjalan dengan lancar mengikut apa yang kami rancang. Showcase Shila kali ini mendapat sambutan yang baik daripada peminat, media dan rakan-rakan Shila yang lain.

Pada minggu lalu, Shila sibuk membuat persiapan sempena Anugerah Planet Muzik 2013 di Singapura, Jumaat lalu.

Shila begitu teruja mendapat peluang untuk membuat persembahan di majlis anugerah berprestij tersebut, apatah lagi bakal di hadiri oleh nama-nama besar dalam industri muzik serumpun kita. Lebih menarik lagi, Datuk Siti Nurhaliza turut sama menjayakan persembahan di APM.

Shila bertolak ke Singapura pada 17 Oktober lalu dan bertuah dapat penerbangan yang sama dengan Siti. Selepas tiba di Singapura, Shila terus ke Suntex City untuk raptai persembahan sempena APM itu. Shila juga berasa teruja dan terharu dapat berduet dengan penyanyi Indonesia, Judika dan terima kasih kepada APM kerana menggandingkan Shila dengan penyanyi popular dari seberang itu.

Tambahan pula artis sehebat Judika begitu merendah diri dan peramah. Ada juga beliau berkongsi tip dalam bidang nyanyian dengan Shila. Alhamdulillah, bertambah lagi ilmu Shila. Shila paling tertarik dengan persembahan pembukaan kumpulan S4 dari Indonesia.

Shila boleh lihat kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini ketika membuat persembahan kerana mereka sangat dedikasi. Apa yang menariknya mereka membawa genre muzik K-Pop dan membuat kita percaya akan muzik mereka. Inilah contoh persembahan, apabila mereka mendapat peluang, mereka melakukannya bersungguh-sungguh.

Shila begitu kagum sekali. Alhamdulillah, APM kali ini Shila berjaya membawa pulang satu trofi dari lima kategori yang Shila dapat untuk kategori Lagu Terbaik Malaysia (Masih Aku Cinta).

Shila sangat bersyukur kerana lagu ciptaan Shila dapat pengiktirafan dari luar negara. Insya Allah, Shila akan berkarya lebih baik lagi untuk masa yang akan datang. Selesai APM, Shila diberi peluang untuk turut serta membuat konsert amal bersama artis tempatan dari Singapura dan negara lain untuk program ‘President’s Star Charity’.

Lebih memberangsangkan, kami berjaya mengumpul derma lebih daripada lima juta Dolar Singapura dalam masa satu malam. Shila rasa cukup terharu sekali untuk menjadi wakil dari Malaysia untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Selepas selesai kerja di Singapura, Shila terus berangkat ke Beijing untuk menjayakan persembahan di sana. Ada sesuatu yang besar bakal Shila beritahu dalam artikel yang seterusnya.

Selain sibuk dengan karier, Shila ada juga meluangkan masa bersama peminat menonton filem tempatan, Bencinta lakonan Nora Danish. Apa yang Shila boleh katakan di sini, lakonan Nora yang membawa watak Fathia meninggalkan kesan pada Shila.

Filem itu wajar dijadikan pengajaran kepada golongan wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati dan jangan mudah diperdaya oleh lelaki yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kehidupan kita. 

Baiklah, Tinta Shila berhenti di sini. Sehingga kita berjumpa lagi. Wassalam
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/23

Dua korban banjir lumpur

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Mohd Apendy Ishak
CAMERON HIGHLANDS: Dua pekerja asing maut dan seorang lagi masih hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Ringlet di sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Md Jahangir, 30-an warga Bangladesh manakala seorang wanita, Kesumat, 46, warga Indonesia dipercayai lemas akibat kejadian itu.
Sementara gerakan mencari seorang lagi mangsa warga Indonesia, Jarwati, 17, sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highland Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, gerakan mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
Foto

Foto
"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi apabila pelepasan air dari empangan Sultan Abu Bakar melimpah sehingga mengalir ke kawasan kampung berhampiran.

"Sebanyak 80 rumah terjejas akibat kejadian," katanya. 

Menurutnya, sehingga kini 38 orang sudah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/23

Noreen, bersemadilah dengan damai



NOREEN NOOR (duduk, kiri) bersama rakan-rakan artis ketika meraikan hari jadi Datuk Shah Reza pada Februari lalu.


AJAL maut di tangan Allah SWT. Tidak kira sama ada tua atau muda kita tetap akan dijemputNya. Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita kematian sebutir lagi permata seni tanah air iaitu penyanyi dan pelakon terkenal era 80-an, Noreen Noor atau nama sebenarnya, Noraine Mohd. Nor, 54.
Penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan sifat manja, pandai bergaya dan mempunyai lirikan mata yang menawan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.50 pagi semalam (Selasa) di Hospital Pakar Ampang Puteri (APSH), Selangor akibat komplikasi buah pinggang.
Allahyarham meninggalkan dua orang anak iaitu Danial Baharudin, 22, dan Diana, 11.
Berita pemergian Noreen bagai satu mimpi. Banyak pihak yang mendengar berita tersebut pada awal pagi semalam bagai tidak percaya dengan apa yang disampaikan.
Bagai masih basah dalam ingatan juga melihat penampilan Noreen di hadapan media sewaktu muncul dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2010 yang menyaksikan beliau berbicara tentang patah hati dan 'keinginan' dijemput Ilahi selepas ibu, bapa dan abangnya meninggal dunia berturut-turut.
"Ketika itu saya beria-ia mahu mati! Tak sanggup rasanya menghadapi derita jiwa begini. Saya pernah mengalami keruntuhan rumah tangga, namun ia tidak meragut kegembiraan dan hidup saya.
"Namun, apabila saya kehilangan orang yang saya sayang, hanya Tuhan saja yang tahu saya rasa bagaikan nyawa ini sudah jauh melayang, dibawa pergi oleh mereka semua," cerita Noreen sambil air mata bergenang di kelopak mata kepada wartawan senior, Muzalina Abu Bakar dalam artikel yang disiarkan pada bulan Mei 2010 lalu.
Begitulah resam dunia. Setiap yang hidup pasti akan dijemput Ilahi, tidak cepat sesaat atau lambat sesaat seperti yang dijanji.
Mengimbas detik terakhir Noreen sebelum 'berpisah dengan dunia', kawan rapatnya, Monaliza Mohd. Diah, memberitahu, Allahyarham mula menderita penyakit darah tinggi sejak menjaga bapanya yang sakit kira-kira lima tahun lalu.
"Saya dapat tahu dia mula menghidap sakit darah tinggi sejak jaga orang tuanya sakit. Sejak itu dia sentiasa mengawal sakitnya dengan memakan ubat darah tinggi," jelasnya ketika dihubungi semalam.
Merupakan peminat dan akhirnya menjadi rakan paling akrab Noreen, Monaliza memberitahu, kali terakhir dia menghubungi Allahyarham menerusi kiriman WhatsApp di telefon pintarnya ketika Hari Raya Aidiladha.
Ketika itu, kata Monaliza, Noreen mengadu berasa tidak sihat.
"Dia beritahu tidak sihat dan pergi ke hospital seorang diri untuk menerima rawatan lanjut," ujarnya yang sering dianggap kembar Noreen kerana memiliki wajah seperti penyanyi dan pelakon itu.
Monaliza juga mengakui berasa terkejut dengan berita kematian sahabat baiknya itu dan mendoakan Allahyarham Noreen itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Danial ketika ditemui berkata, dia hanya mengetahui mengenai ibunya ditahan di APSH selepas dihubungi oleh pihak hospital tersebut pada petang kelmarin.
"Saya difahamkan, ibu telah memandu sendiri kereta untuk ke hospital tersebut pada pukul 10 pagi Isnin dan saya ketika itu tidak diberitahu apa-apa.
"Bagaimanapun pada petang hari yang sama pihak hospital telah menghubungi saya dan selepas sampai di hospital, ibu sudah berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya dalam nada sedih.
Ujar Danial, dia kemudian berada di hospital tersebut bersama ibunya sehingga ibunya menghembuskan nafas terakhir.
Tambah Daniel, sebelum ini ibunya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit kecuali mengalami kesakitan pada bahagian tangan sehingga tidak boleh diangkat.

PERJALANAN terakhir Allahyarham Noreen Noor yang disemadikan di Kampung Pulai, Serkam, Melaka diiringi doa oleh semua pihak yang mengenalinya.


Menawan
Mengenali Noreen, Allahyarham merupakan penyanyi kelahiran Singapura yang mula dicungkil bakatnya melalui pertandingan nyanyian dan berjaya mengadakan persembahan di hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Selesai persembahannya bersama beberapa penyanyi terkenal seperti Salamiah Hassan dan Rohana Jalil, Noreen didatangi wakil syarikat Columbia Broadcast System (CBS) yang menawarkannya peluang untuk merakam album.
Selepas disunting, anak kelima daripada enam beradik itu keluar dengan album pertamanya berjudul Kepastian sekitar tahun 80-an.
Berbekalkan wajah yang menawan dan suara yang merdu, nama Noreen yang merupakan anak pesara polis dari Singapura, Allahyarham Mohd. Nor Ahad berjaya mencuri tumpuan peminat tanah air.
Ia diikuti dengan album-album seterusnya seperti Dariku Untukmu dan Air Mata dan Sunyi. Ketika itu, suara merdu Noreen sering berkumandang di corong-corong radio dan lagu Siang Terbayang Malam Merindu cukup popular dalam kalangan peminat-peminatnya.
Selain daripada menyanyi, Noreen juga berbakat dalam bidang lakonan. Noreen muncul menerusi filem pertamanya berjudul Talak di samping pelakon Dharma Harun al-Rashid pada tahun 1984.
Lakonannya yang menggoda berjaya membuatkan para penerbit berlumba-lumba menawarkannya berlakon. Selepas itu, Noreen mula muncul dalam beberapa buah filem seperti Hantu Siang (1986), Balik Kampung (1986), Marah-Marah Sayang (1987), Wira Angkasa (1987), Pelumba Malam (1989), Cinta Metropolitan (1996) dan terakhir pada tahun 2011 menerusi filem Raya Tak Jadi.
Hidup tidak indah
Bagaimanapun, hidup Noreen tidak seindah yang di sangka. Selepas menghasilkan album Air Mata, beliau terpaksa menyepikan diri dalam bidang nyanyian dan lakonan kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga.
Sejak itu, beberapa insiden mula berlaku dalam hidup Noreen, membantutkannya untuk kembali aktif dalam dunia seni.
Selain kecewa kerana perkahwinan yang gagal dipertahankan, pemergian satu demi satu ahli keluarganya, bermula dengan pemergian abangnya pada tahun 2004, ibunya (2006) dan kemudian bapanya pula (2007), meragut kebahagiaannya.
Kini, beliau dipanggil Ilahi untuk bersama-sama orang-orang yang tersayang di alam 'satu lagi'.
Jenazah Allahyarham Noreen telah dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Melaka semalam selepas solat Zuhur dengan dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat handai dan peminat yang memberi penghormatan terakhir buatnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2iY2RG5hk 
Hakcipta terpelihara 

CUEPACS tuntut bonus sebulan setengah gaji


KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus sebulan setengah gaji diberikan kepada 1.4 juta penjawat awam selain mengkaji semula kadar faedah pinjaman perumahan sedia ada dalam pembentangan Bajet 2014.
Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng berkata, pihak kongres sepakat untuk membuat tuntutan bonus sebanyak sebulan setengah pada tahun ini iaitu sekurang-kurangnya sama seperti yang dibentangkan pada Bajet 2013.
"Permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam terutama menjelang musim perayaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2iY0Nr5Rw 
Hakcipta terpelihara 

Bajet 2014 perlu mengatasi masalah kesukaran membeli rumah Bantu golongan pertengahan

Oleh NOR SHAFAWATI YUP



KUALA LUMPUR - Bajet 2014 diharapkan lebih memihak kepada golongan pertengahan yang sebelum ini kurang mendapat tempat dalam Bajet 2013 dari segi mengurangkan bebanan kos hidup.
Penganalisis ekonomi yang juga Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin (gambar) berkata, antara yang boleh dipertimbangkan dalam bajet kali ini ialah pengurangan cukai pendapatan individu dan memberi kemudahan untuk memiliki rumah mampu milik.
"Golongan pertengahan merupakan penggerak utama ekonomi negara, oleh itu kebajikan mereka tidak wajar diabaikan.
"Sehingga kini golongan pertengahan masih belum menerima apa-apa manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan berbanding kelas bawahan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Golongan pertengahan merujuk kepada mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,300 hingga RM7,000 sebulan.
Beliau berkata, golongan bawahan misalnya dijangka akan tetap menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan jumlah yang akan diumumkan dalam Bajet 2014 pada Jumaat ini.
"Menjelang Bajet 2014, kerajaan perlu menyasarkan bantuan kepada golongan yang tepat (bawahan dan pertengahan) berbanding golongan yang tidak layak menerimanya seperti orang kaya dan warga asing," katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2iXzrIPhf 
Hakcipta terpelihara 

Artis popular era 80-an, Noreen Noor meninggal dunia

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA dan NUZULSHAM SHAMSUDDIN


ADEGAN lakonan Noreen (kanan) menerusi Filem Talak pada tahun 1984.


SELANGOR - Penyanyi dan pelakon popular era 80-an Noreen Noor yang mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung akibat penyakit darah tinggi, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini semalam.
Noreen atau nama sebenarnya Noraine Mohd. Nor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi.
Penyanyi Noorshila Amin memberitahu, Allahyarham Noreen dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri pada malam Isnin lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Saya dimaklumkan mengenai pemergian Noreen oleh kawan baik artis itu sendiri, Monaliza Mohd. Diah pagi ini (semalam).
"Noreen dikatakan sudah tidak sihat sejak Hari Raya Aidiladha lalu dan tekanan darah artis itu dimaklumkan ketika itu mencecah sehingga 180/120 mmHg," kata Noorshila ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2iXzCaPAb 
Hakcipta terpelihara 

Brunei laksana hukum Hudud


Sultan Hassanal Bolkiah merasmikan Majlis Ilmu 2013 di Bandar Seri Begawan, semalam. - AFP

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.

Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.

"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.

"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.

Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.

Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.

Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131023/lu_01/Brunei-laksana-hukum-Hudud#ixzz2iXwhdoS0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, 20 October 2013

Misteri kematian Puteri Diana terjawab?

 

Puteri Diana Puteri Diana
 
SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang  mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.

Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.

"Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).

"Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut.

Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.

Tinggal momen

Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.

Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.

Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.

Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara.

"Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja.

"Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber.

Tuesday, 15 October 2013

Saya belum kahwin - Shahir

 


SHAHIR mengaku masih bujang dan sempat mengucapkan tahniah buat Rozita Che Wan yang bakal berkahwin dengan Zain Saidin pada Disember ini.


AHMAD SHAHIR ZAWAWI atau nama pentasnya, Shahir, 25, menghilangkan diri agak lama daripada dunia seni tempatan. Kehilangannya telah menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk dikatakan telah berkahwin.

Realitinya, pada saat namanya memuncak, Shahir memilih pulang ke kampung untuk berada di sisi keluarga.

Bintang Akademi Fantasia musim kelapan itu percaya pada kuasa Allah dan rezeki yang telah ditetapkan kepadanya terkini mahu pun pada masa akan datang. Itu pengorbanan Shahir.
Bukan bermakna mahu melihat kariernya merudum gara-gara memencilkan bakat seketika untuk memberi ruang kepada diri menunaikan tanggungjawab kepada keluarga tetapi, memasang keyakinan menebus kekecewaan peminat yang menantikan kemunculan semulanya lebih setahun.

"Allah yang mengizinkan peminat untuk menyokong atau membenci saya. Dia yang menentukan rezeki saya atau titik perjuangan kerjaya saya. Saya tidak pernah takut akan hilang rezeki suatu hari nanti sebab apa jua yang saya lakukan mengharapkan keredaan-Nya.
"Begitu juga keluarga serta kedua-dua ibu bapa saya. Saya mengharapkan keberkatan daripada mereka, malah selama saya dalam dalam bidang nyanyian saya tidak merasakan diri saya bagus atau cukup sempurna untuk tiba-tiba mengambil langkah drastik menghilangkan diri kerana beranggapan bahawa akan sentiasa ada peminat sedia menanti saya pada bila-bila masa kelak.

"Saya tidak boleh memberikan jaminan bahawa saya tidak akan menghilangkan diri suatu masa nanti kerana liku-liku masa atau kehidupan setiap orang berbeza-beza.
"Cuma saya menjanjikan kali ini kemunculan saya adalah lebih bersedia," kata Shahir yang ditemui usai konsert Akademi Fantasia 2013 di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya, malam Ahad lalu.

Kemunculan Shahir secara tiba-tiba dari belakang pentas berduet lagu Ada Apa Dengan Cinta bersama salah seorang peserta Akademi Fantasia 2013, Aishah benar-benar menghadiahkan satu kejutan yang luar biasa kepada penonton begitu juga peserta terbabit.

Bukan melengkapkan drama kehilangan dirinya tetapi kemunculan khas itu, kata Shahir adalah bagi membuktikan bahawa dirinya kini benar-benar bersedia untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai penghibur dalam industri seni.

Bukan sandiwara
Tanda tanya kehilangan Shahir terus menjadi pokok perbualan. Kenapa sehingga perlu menghilangkan diri dalam tempoh yang begitu lama.
Namun sepanjang waktu tiada khabar berita daripada Shahir juga, dua buah single yang dipetik daripada album pertamanya yang berjudul Shahir, tetap dilancarkan.
"Cuti panjang itu untuk saya melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga dan apabila semuanya sudah selesai, saya keluar. Memang niat saya untuk meninggalkan dunia seni seketika dan menumpukan sepenuhnya fokus kepada urusan keluarga.

"Tapi saya minta maaf, urusan keluarga itu tidak dapat saya kongsikan kepada orang ramai kerana terlalu peribadi," jelas anak sulung daripada lima beradik itu.
Bagaimanapun, sepanjang tempoh kehilangannya, pernah sekali Shahir diundang untuk berduet bersama Adira menerusi salah sebuah konsert rancangan realiti nyanyian, Mania sekitar pertengahan tahun lalu, ia sekali gus disalah anggap oleh segelintir pihak bahawa dia sudah sedia kembali ke dunia seni.

Namun, selepas itu, dia kembali menghilang sebelum kini muncul kembali. Katanya, usai melaksanakan tanggungjawab kepada keluarganya kini dia memasang tekad baharu untuk memberikan sepenuhnya kudrat bagi mempromosikan kedua-dua buah single, Aku Yang Berdosa dan Dia Yang Kau Pilih serta albumnya yang tertangguh sekian lama.
Ditanya adakah urusan keluarga itu bermakna dia telah berkahwin senyap-senyap tanpa menghebohkan kepada media atau peminatnya semata-mata mahu memberikan ruang privasi kepada diri dan keluarga, jawab Shahir, dakwaan itu sama sekali tidak benar.
"Pelbagai spekulasi timbul setelah saya menghilangkan diri. Pernah terlintas untuk kembali menyanyi, tapi saya pentingkan keluarga lebih daripada segalanya. Sepanjang tempoh itu, saya langsung tidak membuat sebarang persembahan pentas.

"Keluarga saya faham dengan keadaan saya dan tidak mendesak untuk saya kembali bekerja walaupun mereka tahu saya masih sayangkan karier saya. Saya tidak pernah silap untuk meninggalkan semua yang berkaitan dengan karier disebabkan mereka.
"Saya masih solo dan belum berkahwin. Ada juga pihak yang mendakwa saya pulang ke kampung untuk berubat kerana terkena penyakit misteri, itu pun tidak betul. Alhamdulillah saya masih sihat sampai hari ini," jelasnya.

Merajuk

Ironi seperti judul single hit terbaharu dirinya, Dia Yang Kau Pilih, apakah mungkin atas dasar pelakon jelita yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan dengan Shahir sebelum ini iaitu Rozita Che Wan yang telah memilih Zain Saidin sebagai bakal suaminya membuatkan hati Shahir membungkam seraya meninggalkan kota Kuala Lumpur untuk kembali ke pangkuan keluarga di Kampar, Perak?

Jelas Shahir lagi: "Itu tiada kena mengena dengan saya dan cumalah gosip liar. Kami tidak pernah mempunyai sebarang hubungan cinta sebelum ini dan sama sekali tidak merajuk atas sebab itu hingga pulang ke kampung."

Meneguhkan kata-katanya, ujar Shahir dia sama sekali tidak mengetahui akan kehadiran Rozita Che Wan ketika konsert Akademi Fantasia 2013 yang sama hujung minggu lalu. Dia disembunyikan oleh pihak produksi sementara menantikan giliran membuat persembahan terakhir bersama pelajar tersebut.

Ketika konsert sama, Rozita ditampilkan sebagai gimik persembahan lagu Pencinta Wanita nyanyian kumpulan duo Azhael pada giliran ketiga.
Begitupun, Shahir sempat melayangkan ucapan tahniah kepada Rozita yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon muda Zain Saidin pada bulan Disember depan.

"Tahniah saya ucapkan, saya mendoakan semoga bahagia hingga akhir hayat dan saya harap selepas ini tiada lagi yang mengaitkan saya dengan dia atau sesiapa saja. Mungkin impaknya tidak besar, tapi disebabkan gosip-gosip atau cerita tidak berasas ini akan membuatkan sesetengah pihak tersinggung. Cukuplah setakat ini saja," ujar Shahir.

Shahir dan cinta? Tegasnya, dia langsung tidak memikirkan soal itu buat masa sekarang, biarlah dia merencanakan kembali kariernya yang ibaratnya seperti telur di hujung tanduk, tunggu masa untuk jatuh.

Siap siaga
Selain album lengkap enam lagu yang masih belum dipromosikan, Shahir memberitahu bahawa dia bakal menyiapkan single terbaharu dalam sukatan yang lebih realistik, muzik yang beridentiti serta menyalurkan mesej kepada pendengar.
"Sebelum ini saya ada pelbagai identiti muzik yang kadangkala mengelirukan pendengar. Selepas ini saya akan mencari satu kelainan baharu supaya dalam lagu saya boleh menyampaikan mesej tertentu. Senang cakap saya mahu menghasilkan lagu yang mempunyai dwimakna.


 

 

 

Komputer pretasi tinggi harga berpatutan

KOMPUTER riba HP Pavilion TouchSmart 14 Sleekbook sesuai untuk pengguna yang mementingkan prestasi komputer untuk kegunaan harian.


5 Things Super Successful People Do Before 8 AM

 

Rise and shine! Morning time just became your new best friend. Love it or hate it, utilizing the morning hours before work may be the key to a successful and healthy lifestyle. That’s right, early rising is a common trait found in many CEOs, government officials, and other influential people. Margaret Thatcher was up every day at 5 a.m.; Frank Lloyd Wright at 4 am and Robert Iger, the CEO of Disney wakes at 4:30am just to name a few. I know what you’re thinking - you do your best work at night. Not so fast. According to Inc. Magazine, morning people have been found to be more proactive and more productive. In addition, the health benefits for those with a life before work go on and on. Let’s explore 5 of the things successful people do before 8 am.
 
1. Exercise. I’ve said it once, I’ll say it again. Most people that work out daily, work out in the morning. Whether it’s a morning yoga session or a trip to the gym, exercising before work gives you a boost of energy for the day and that deserved sense of accomplishment. Anyone can tackle a pile of paperwork after 200 ab reps! Morning workouts also eliminate the possibility of flaking out on your cardio after a long day at work. Even if you aren’t bright eyed and bushy tailed at the thought of a 5 am jog, try waking up 15 minutes early for a quick bedside set of pushups or stretching. It’ll help wake up your body, and prep you for your day.

2. Map Out Your Day. Maximize your potential by mapping out your schedule for the day, as well as your goals and to dos. The morning is a good time for this as it is often one of the only quiet times a person gets throughout the day. The early hours foster easier reflection that helps when prioritizing your activities. They also allow for uninterrupted problem solving when trying to fit everything into your timetable. While scheduling, don’t forget about your mental health. Plan a 10 minute break after that stressful meeting for a quick walk around the block or a moment of meditation at your desk. Trying to eat healthy? Schedule a small window in the evening to pack a few nutritious snacks to bring to work the next day.

3. Eat a Healthy Breakfast. We all know that rush out the door with a cup of coffee and an empty stomach feeling. You sit down at your desk, and you’re already wondering how early that taco truck sets up camp outside your office. No good. Take that extra time in the morning to fuel your body for the tasks ahead of it. It will help keep you mind on what’s at hand and not your growling stomach. Not only is breakfast good for your physical health, it is also a good time to connect socially. Even five minutes of talking with your kids or spouse while eating a quick bowl of oatmeal can boost your spirits before heading out the door.

4. Visualization. These days we talk about our physical health ad nauseam, but sometimes our mental health gets overlooked. The morning is the perfect time to spend some quiet time inside your mind meditating or visualizing. Take a moment to visualize your day ahead of you, focusing on the successes you will have. Even just a minute of visualization and positive thinking can help improve your mood and outlook on your work load for the day.

5. Make Your Day Top Heavy. We all have that one item on our to do list that we dread. It looms over you all day (or week) until you finally suck it up and do it after much procrastination. Here’s an easy tip to save yourself the stress - do that least desirable task on your list first. Instead of anticipating the unpleasantness of it from first coffee through your lunch break, get it out of the way. The morning is the time when you are (generally) more well rested and your energy level is up. Therefore, you are more well equipped to handle more difficult projects. And look at it this way, your day will get progressively easier, not the other way around. By the time your work day is ending, you’re winding down with easier to dos and heading into your free time more relaxed. Success!

Also on Forbes:
16 Things You Should Do At The Start Of Every Work Day

The Top 25 Small Companies In America


The 20 Best Non-Tech Small Companies In America


Monday, 7 October 2013

Hospital Shah Alam dijangka beroperasi awal Jun depan

 

07/10/2013 6:34pm


SHAH ALAM - Projek pembinaan Hospital Shah Alam (HSA) di Seksyen 7 di sini sudah siap sepenuhnya dan dijangka beroperasi pada Jun tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, pada masa ini kerja-kerja pemasangan peralatan perubatan sedang giat dilakukan termasuk proses menguji alatan tersebut oleh Kementerian Kesihatan dan proses pentauliahan bangunan oleh Jabatan Kerja Raya.

"Terlalu banyak mesin dan peralatan sedang dibawa masuk ke hospital itu dan kesemuanya perlu melalui proses ujian dan pentauliahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Juruukur Kuantiti Antarabangsa 2013 di sini hari ini.

Konvensyen dua hari itu dianjurkan oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.

Fadillah berkata demikian ketika ditanya mengenai pembukaan rasmi hospital tersebut yang dijadual bulan ini seperti yang dijanjikan bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Disember lepas.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan proses pemeriksaan bangunan hospital dan proses ujian peralatan perubatan akan mengambil masa lebih lama kerana ia perlu dilakukan dengan lebih teliti.

Projek pembinaan HSA dengan kos kontrak RM482.6 juta dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011. Namun, projek itu tergendala selepas kontraktor terbabit gagal melaksanakannya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz2h2S43AYQ
Hakcipta terpelihara

Friday, 4 October 2013

AS berdepan bencana hutang

 

WASHINGTON 3 Okt. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam memberi amaran bahawa kebuntuan politik yang melumpuhkan Kerajaan Persekutuan sejak dua hari lalu, boleh menyebabkan negara terjerumus dengan bencana hutang.
Amaran itu dikeluarkan ketika rundingan antara beliau dengan pemimpin kanan Parti Republikan gagal menyelesaikan masalah tersebut, mengakibatkan AS terus lumpuh buat hari ketiga hari ini.
Beratus-ratus ribu kakitangan awam masih bercuti tanpa gaji, muzium serta taman negara ditutup dan kebanyakan penyelidikan saintifik ditangguhkan.
Penutupan sebahagian besar agensi negara pada hari ketiga hari ini, mula memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi yang telah sedia lembap.
Dalam pertemuan selama sejam Obama dengan Speaker Dewan Perwakilan dari Parti Republikan, John Boehner dan Pemimpin Minoriti Senat, Mitch McConnell, tiada sebarang kejayaan dicapai, malah Presiden itu dan Boehner saling menuduh kedua-dua pihak enggan mengadakan rundingan.
"Presiden sekali lagi mengulangi beliau tidak mahu berunding," kata Boehner.
Obama dalam wawancaranya dengan CNBC berkata, beliau tidak akan berunding berhubung masalah bajet sehinggalah ahli-ahli politik dari Parti Republikan meluluskan bajet persekutuan khas yang akan memulihkan kerajaan dan meningkatkan hutang siling AS kepada AS$16.7 trilion (RM53.3 trilion).
"Krisis bajet ini perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu atau Washington tidak akan dapat membayar hutang kerajaan dan membuat pembayaran buat pertama kalinya, sekali gus boleh menjejaskan kadar hutang AS," ujar Obama.
Kerajaan AS lumpuh sejak kelmarin selepas Kongres gagal meluluskan satu bajet persekutuan khas ekoran perbalahan berhubung rang undang-undang penjagaan kesihatan Obama. - AFP

Tidak mahu miskin lagi

 

SHAH Rukh Khan
SHAH Rukh Khan bukan datang daripada keluarga berada dan dia membesar dalam sebuah keluarga miskin. Sebab itu selepas menempa nama dan kekayaan dalam bidang perfileman Bollywood, dia seakan-akan takut dibayangi kehidupan silam.
"Saya tidak mahu miskin lagi. Saya takut untuk gagal dan kembali hidup seperti dulu. Saya datang daripada keluarga miskin dan saya telah melihat banyak kegagalan," ungkap hero filem Hindi berusia 47 tahun ini sewaktu bercakap di depan kira-kira 800 pelajar jurusan pengurusan di India baru-baru ini.
Pada sesi ceramah itu, Shah Rukh banyak berkongsi pengalaman hidup zaman lampaunya yang penuh dengan cerita-cerita sedih.
"Saya pernah dihalau keluar dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa bulanan. Keadaan itu menyebabkan saya malu dan tertekan. Tambah memburukkan keadaan apabila ayah kami meninggal dunia ketika saya masih kecil," ungkapnya.
Ternyata, bidang lakonan telah merubah hidup Shah Rukh. Dengan bakat yang dimilikinya itu dia menjadi popular dan kaya raya.
Sejak awal 1990-an Shah Rukh telah banyak berlakon filem hebat antaranya Deewana (1992), Baazigar (1993) dan Darr (1993) sehingga bergelar artis jutawan dunia.

Undang-undang baharu demi keselamatan rakyat

Undang-undang baharu demi keselamatan rakyat





DR. MAHATHIR (dua dari kanan) melancarkan buku Mahathir bin Mohamad on the Contemporary World selepas majlis perasmian Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) di Sunway, Petaling Jaya semalam.





PETALING JAYA - Akta Pencegahan Jenayah (PCA) akan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat ekoran peningkatan kes-kes jenayah selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, PCA yang mendapat kelulusan Parlimen tengah malam kelmarin, bertujuan mengekang jenayah serius yang semakin meningkat.

"Orang ramai (rakyat) kini tidak lagi selamat. Mereka (penjenayah) melakukan pelbagai perkara dan ada orang (pembunuh upahan) bersedia menerima upah yang kecil untuk membunuh orang lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.






Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2glAuerpc
Hakcipta terpelihara

Tiga masker rambut untuk rambut cantik

 


1 Okt - Musim panas bakal melabuhkan tirainya, sudah tiba masanya untuk anda membersihkan sisa-sisa air garam dari rambut anda dan mula merawat kerosakan di rambut anda dek panahan sinaran mentari musim panas. Anda boleh sahaja menggunakan rawatan pantas dengan membeli masker rambut sedia ada di mana-mana pusat kecantikan dan kesihatan, atau kalau anda lebih gemar pada kaedah alternatif yang lebih semulajadi serta bebas dari sebarang bahan kimia, anda bolehlah membuat masker rambut DIY. Tak tahu bagaimana untuk mula? Mudah saja. Berikut adalah tiga cara paling senang untuk merawat dan mengembalikan kecantikan mahkota anda agar tampak lebih berkilau, sihat dan anda lebih yakin!

Masker rambut minyak kelapa
Bukan hanya aromanya yang eksotik dan lazat, minyak kelapa juga sangat sesuai dijadikan pelembab ringan buat rambut anda yang 'kehausan' dan kusam!

Ramuannya:

• Satu mangkuk kecil mintak zaitun

• Satu mangkuk kecil minyak kelapa

Cara-caranya:

1. Campurkan kedua-dua ramuan tadi dan kacau hingga sebati.

2. Sapukan campuran minyak tadi ke seluruh bahagian rambut anda dan fokus pada bahagian hujung rambut.

3. Selesai melumurkan minyak ke rambut, sanggul rambut anda (jangan ikat / sanggul dengan ketat), kemudian pakai topi mandi (shower cap) dan biarkan selama 15 – 30 minit (bergantung kepada seteruk mana kerosakan rambut anda)

4. Bilas hingga bersih

5. Kemudian syampu dan guna pelembab rambut seperti biasa.

Masker pisang
Masker rambut daripada buah ini sangat sesuai bagi mereka yang memiliki rambut nipis kerana pisang mengandungi potasium yang mana dapat menguatkan rambut dan membaiki rambut rosak tanpa memberi kesan berat pada rambut anda.

Ramuannya:

• satu – dua ulas pisang (lagi masak, lagi bagus).

• satu sudu madu.

Cara-caranya:

1. Kisar pisang, pastikan setiap ketulan pisang itu dikisar lembut (ini SANGAT PENTING!). Jika tidak, bersiap sedialah melaram dengan aksesori tambahan yang terlekat di rambut anda sepanjang hari!

2. Masukkan madu ke dalam campuran pisang yang telah dikisar halus tadi.

3. Sapukan campuran tadi ke seluruh rambut, fokus pada bahagian kulit kepala dan hujung rambut. Sanggul rambut, pastikan tidak diikat ketak dan bungkus dengan topi mandi selama 15 – 20 minit.

4. Bilas hingga bersih.

5. Syampu dan guna pelembab seperti biasa, perlu diingat sekiranya anda memiliki rambut nipis dan kulit kepala berminyak, memadai dengan hanya menyapu pelembap rambut pada bahagian hujung rambut sahaja.

Masker rambut avocado
Anda pastinya sudah sedia maklum dengan nutrisi dan segala kebaikan yang terdapat pada buah avokado yang merupakan antara buah terbaik dan mujarab dijadikan sebagai masker / topeng wajah. Tetapi tahukah anda, anda juga boleh memanfaatkan buah tersebut sebagai alternatif untuk menyuburkan rambut anda? Kuning telur pula kaya dengan lemak dan protein menyegarkan rambut anda.

Ramuannya:

• Setengah biji buah avokado

• Satu biji kuning telur (Simpan putih telur untuk petua ekstra, sila baca hingga habis ya)

Cara-caranya:

1. Kisar buah avokado dan telur ke dalam pengisar sehingga benar-benar halus.

2. Sapukan ke seluruh bahagian rambut, mula dari bahagian kulit kepala sehingga ke hujung rambut, urut perlahan-lahan kulit kepala agar campuran tadi benar-benar meresap ke kulit kepala sekaligus membantu melancarkan peredaran darah.

3. Selesai proses kedua, sanggul rambut anda kemudian bungkus dengan tuala atau topi mandi dan biarkan selama 15 – 20 minit. Hah! Sementara menantikan rambut anda siap dirawat, anda bolehlah mengoleskan putih telur tadi ke wajah anda, untuk agar kulit anda lebih berseri-seri, bolehlah campurkan sedikit madu.

4. Bilas bersih rambut anda, guna syampu dan pelembap rambut seperti biasa dan bergayalah dengan apa jua dandanan rambut pilihan anda.

5. Jangan lupa, sedikit 'keyakinan' agar tampak

14 sebab mengapa anda perlu amal makan timun

 


3 Okt - Timun barangkali adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, mudah ditanam malah adalah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu sampingan bersama Nasi Lemak serta ulaman dicicah dengan sambal belacan.

Tetapi selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda? Lupakan snek ringan dan cip kentang, mulai hari ini sila jadikan timun sebagai 'snek' utama anda. Berikut adalah 14 sebab mengapa anda perlu mengamalkan memakan timun!

Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.

Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.

Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.