Wednesday, 23 October 2013

Bajet 2014 perlu mengatasi masalah kesukaran membeli rumah Bantu golongan pertengahan

Oleh NOR SHAFAWATI YUP



KUALA LUMPUR - Bajet 2014 diharapkan lebih memihak kepada golongan pertengahan yang sebelum ini kurang mendapat tempat dalam Bajet 2013 dari segi mengurangkan bebanan kos hidup.
Penganalisis ekonomi yang juga Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin (gambar) berkata, antara yang boleh dipertimbangkan dalam bajet kali ini ialah pengurangan cukai pendapatan individu dan memberi kemudahan untuk memiliki rumah mampu milik.
"Golongan pertengahan merupakan penggerak utama ekonomi negara, oleh itu kebajikan mereka tidak wajar diabaikan.
"Sehingga kini golongan pertengahan masih belum menerima apa-apa manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan berbanding kelas bawahan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Golongan pertengahan merujuk kepada mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,300 hingga RM7,000 sebulan.
Beliau berkata, golongan bawahan misalnya dijangka akan tetap menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan jumlah yang akan diumumkan dalam Bajet 2014 pada Jumaat ini.
"Menjelang Bajet 2014, kerajaan perlu menyasarkan bantuan kepada golongan yang tepat (bawahan dan pertengahan) berbanding golongan yang tidak layak menerimanya seperti orang kaya dan warga asing," katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2iXzrIPhf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment