01/10/2013 7:36pm
PELABUHAN KLANG - Satu kumpulan pakar ditubuhkan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyiasat secara menyeluruh punca kejadian runtuhan siling plaster di wad bersalin Hospital Serdang dekat sini semalam termasuk mengesan pihak bertanggungjawab.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, laporan menyeluruh mengenai kejadian tersebut dijangka diperoleh pada penghujung bulan ini.
Menurutnya, jika siasatan mendapati kontraktor gagal mematuhi reka bentuk kejuruteraan dan amalan kerja baik, pihak terbabit akan disenarai hitam dan dikenakan tindakan mahkamah.
“Kalau melibatkan kumpulan profesional, kita akan serah kepada pihak sepatutnya kerana arkitek, jurutera atau juruukur bahan ada badan tersendiri untuk uruskan hal seperti ini.
“Kita akan tengok sama ada kalau kumpulan pakar atau pihak reka bentuk yang tidak betul atau pelaksanaan kontrak tidak betul. Semua perkara ini akan kita tengok selepas selesai siasatan forensik,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz2gTMPouQj
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment