Friday, 4 October 2013

Tidak mahu miskin lagi

 

SHAH Rukh Khan
SHAH Rukh Khan bukan datang daripada keluarga berada dan dia membesar dalam sebuah keluarga miskin. Sebab itu selepas menempa nama dan kekayaan dalam bidang perfileman Bollywood, dia seakan-akan takut dibayangi kehidupan silam.
"Saya tidak mahu miskin lagi. Saya takut untuk gagal dan kembali hidup seperti dulu. Saya datang daripada keluarga miskin dan saya telah melihat banyak kegagalan," ungkap hero filem Hindi berusia 47 tahun ini sewaktu bercakap di depan kira-kira 800 pelajar jurusan pengurusan di India baru-baru ini.
Pada sesi ceramah itu, Shah Rukh banyak berkongsi pengalaman hidup zaman lampaunya yang penuh dengan cerita-cerita sedih.
"Saya pernah dihalau keluar dari rumah kerana tidak mampu membayar sewa bulanan. Keadaan itu menyebabkan saya malu dan tertekan. Tambah memburukkan keadaan apabila ayah kami meninggal dunia ketika saya masih kecil," ungkapnya.
Ternyata, bidang lakonan telah merubah hidup Shah Rukh. Dengan bakat yang dimilikinya itu dia menjadi popular dan kaya raya.
Sejak awal 1990-an Shah Rukh telah banyak berlakon filem hebat antaranya Deewana (1992), Baazigar (1993) dan Darr (1993) sehingga bergelar artis jutawan dunia.

No comments:

Post a Comment